06 May, 2009

TEAM BOLA BALING MELAKAR SEJARAH CEMERLANG

Setelah sekian lama mencuba, tahun ini merupakan tahun klimaks untuk team bola baling L15 kerana berjaya menjadi NAIB JOHAN kategori L15 dalam Pertandingan Bola Baling L/P Bawah 15 Tahun MSSD Batu Pahat yang diadakan di SMK Penghulu Saad pada 4-5 Mei 2009. Team ini dilatih oleh En Abu Bakar Ali dan En Hashim A Ghani serta dibantu oleh En Mohd Haironizan Sukri sebagai pengurus. Team P15 dilatih oleh Pn Zamilah bt Ekhwan, Cik Noor Nazira Maliki dan Cik Hasralda Abu Hassn serta Cik Nornida Sapuan sebagai pengurus.
Team P15 menjadi juara kumpulan B dengan menewaskan SMK Tun Aminah 2-1, SMK Seri Gading 5-0 dan SMK Datuk Menteri 5-0 tetapi tewas mengejut di tangan SMK Seri Medan 0-4 pada peringkat suku akhir. Sementara itu, team L15 memulakan langkah bergaya dengan membenam SMK Tunku Mahmood Iskandar 5-0, SMK Tinggi Batu Pahat 8-3 dan SMK Seri Gading 5-1. Pada suku akhir membelasah SMK Datuk Sulaiman 5-0 dan megejutkan juara tahun 2008 SMK Senggarang 6-4 pada peringkat separuh akhir.
Pada perlawanan akhir SMK Semerah telah berjuang bermati-matian menentang SMK Datuk Menteri sehingga ke masa tambahan setelah kedudukan 3-3, namun tewas pada saat akhir 3-5. Tahniah kepada semua pemain dan pegawai pasukan. Tahun depan kita berusaha lagi untuk menjadi johan pula. 3 orang pemain lelaki iaitu Asraff Esa, Ahmad Syafik dan Faizal Supian serta  2 orang pemain perempuan iaitu Nur Ezzati dan Umu Haziqah telah dipilih mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri. Ucapan penghargaan kepada semua jurulatih dan pengurus-pengurus team yang telah sedaya upaya menunjukkan kotmitmen tinggi dalam pertandingan ini. Tahniah dan terima kasih.