23 May, 2010

JAGUH DALAM PEMBIKINAN

Putrajaya, 16 Mei 2010. Sempena Hari Belia Negara, 2 orang pelajar SMK Semerah iaitu Mohd Azwan Mesni dan Mohd Sobri Azwan Azizi  dengan diiringi oleh En Azhar Ghafar telah menyertai 5th Malaysia International Ekiden Run 2010 Relay Marathon di Putrajaya. Mereka telah mendapat tempat ke-15 daripada lebih 300 peserta. Tahniah kepada mereka. Semoga kejayaan mereka akan menjadi pembakar semangat peningkatan sukan sekolah. Sebenarnya kita boleh! Semerah boleh! Merekalah jaguh dalam pembikinan. Siapa tahu suatu hari nanti mereka menjadi jaguh marathon negara!

21 May, 2010

ANALISA PENCAPAIAN TAHUN 2010

Setiap awal tahun sasaran akan dibuat untuk setiap permainan. Ada yang disasarkan untuk johan, ada juga disasarkan untuk penyertaan. Sasaran yang dibuat berdasarkan status pencapaian tahun lepas dan keupayaan guru dan pelajar untuk mencapai sasaran tersebut serta kemampuan pihak sekolah menyediakan prasarana untuk pembangunan sukan permainan. Nampaknya tahun 2010 ini,  pencapaian SMK Semerah boleh dikatakan sederhana walaupun dalam beberapa permainan menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Paling tinggi pencapaian ialah penyertaan 2 orang pelajar ke peringkat MSSM iaitu Mohd Izham Hamdan dan Wan Mohd Hanapi untuk acara kriket. Namun demikian, setakat ini juga ada 2 orang pelajar yang telah sampai ke tahap antarabangsa bagi acara marathon terbuka di Putrajaya iaitu Mohd Azwan Mesni dan Mohd Azwan Sobri Aziz. Kejayaan seperti ini adalah diharapkan akan menyuntik semangat di kalangan para pelajar agar terus bersaing dalam peringkat yang lebih tinggi di samping menaikkan nama sekolah. Teruskan berusaha para pelajar. Anda boleh!
Tahun depan 2011, perubahan ketara dalam aspek penglibatan pelajar dan program sukan permainan tahunan agar selaras dengan dasar kementerian iaitu 1 pelajar ; 1 sukan.   Kepada guru-guru yang bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada Unit Sukan, terima kasih diucapkan. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada barisan jurulatih, pengurus dan pegawai-pegawai yang membantu membawa, melatih, mengurus dan memberi semangat kepada para pelajar SMK Semerah. Jasa dan pengorbanan guru-guru amat dihargai.

15 May, 2010

SELAMAT HARI GURU

                                                                   Ikrar Guru-Guru

Unit Sukan SMK Semerah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan warga pendidik sama ada di SMK Semerah atau di mana-mana jua guru itu berada. Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang sehingga ke akhir hayat. "SELAMAT HARI GURU..cikgu".

Guru Pembina Negara Bangsa.
Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia