29 April, 2012

SEMERAH TERKEJUT ; AKHIRI MISI

            Pasukan sofbol SMK Semerah yang seringkali mengharumkan nama Semerah dalam arena sofbol dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan pertama yang seterusnya menyingkirkan Semerah untuk ke separuh akhir. Pasukan Sofbol Semerah yang diketuai oleh En Hashim A. Ghani dan dibantu oleh Cik Hasralda Abu Hassn, Cik Norul Rafidah Redzuan, Puan Yuhanis Ithnin dan En Ahmad Hamizan Mohd Khir telah mencanang misi menjadi johan pada tahun ini, setelah pada tahun lepas merangkul naib johan.            

22 April, 2012

LAKSAMANA JUARA SUKANTARA


            Rumah Laksamana kembali mengungguli persada sukan di SMK Semerah apabila muncul menjadi juara Sukantara. Kekalahan dalam Merentas Desa tidak melemahkan semangat ahli-ahli rumah Laksamana untuk bangkit menjadi juara dalam Sukantara. Pertandingan ini diadakan pada 17 dan 18 April 2012 pada sesi petang.  Berikut adalah pungutan mata setiap rumah sukan :-
        

RUMAH
LELAKI
PEREMPUAN


LA
KED
LB
KED
LC
KED
PA
KED
PB
KED
PC
KED
JUM
KED
SYAHBANDAR
63
1
74
2
64
2
35
4
60
3
41
5
337
2
LAKSAMANA
49
3
102
1
68
1
46
1
63
2
50
2
378
1
BENDAHARA
47
4
54
5
30
6
27
6
53
5
42
4
253
6
TEMENGGUNG
54
2
51
6
55
4
39
3
46
6
68
1
313
3
NAKHODA
24
6
61
4
64
2
34
5
73
1
46
3
302
4
PANGLIMA
41
5
69
3
41
5
45
2
56
4
38
6
290
5

                  
               

12 April, 2012

SEMERAH JOHAN KRIKET BATU PAHAT : PENANTIAN 5 TAHUN BERAKHIR


 KUMPULAN A
PASUKAN
SMKDSE
SMKTBP
SMKSM
MATA
KED
SMK SYED ESA

109 – 90
58 – 52
6
1

( 3 )
( 3 )
SMK TINGGI BATU PAHAT
90 – 109

66 – 98
0
3
( 0 )

( 0 )
SMK SERI MEDAN
52 – 58
98 – 66

3
2
( 0 )
( 3 )


                                                            KUMPULAN  B
PASUKAN
SMKS
SMKDO
SMKTI
MATA
KED
SMK SEMERAH

69 – 65
120 – 64
6
1

( 3 )
( 3 )
SMK DATO’ ONN
65 – 69

81 – 77
       3
2
( 0 )

( 3 )
SMK TUN ISMAIL
64 – 120
77 – 81

0
3
( 0 )
( 0 )



          5 tahun menunggu untuk SMK Semerah mengukir nama dalam arena kriket dengan menjuarai Pertandingan Kriket Lelaki Bawah 18 Tahun Daerah Batu Pahat. Pertandingan ini  dikelolakan oleh SMK Dato’ Syed Esa berlangsung pada 12 & 13 AprilSMK Semerah telah membariskan hampir semua muka lama dan 3 muka baru. Pasukan ini diketuai oleh En Hashim Ghani, ketua jurulatih dan En Mohd Faiza Abd Rahman,  jurulatih dengan diiringi oleh En Norzaihan Ahmadi dan En Abu Bakar Ibrahim serta En Azhar Ghafar yang bertindak sebagai fasilitator.  Team yang diketuai oleh Mohd Izham Hamdan sebagai kapten telah memulakan langkah bergaya dengan membenam musuh tradisi SMK Dato’ Onn 69-65.  Kemenangan tersebut mencetuskan semangat kepada para pemain dengan penuh garang membelasah SMK Tun Ismail 120-64.
            Sementara itu, pada peringkat separuh akhir, SMK Semerah sekali lagi unggul dengan menumbangkan SMK Seri Medan 59-56 dengan tanpa pemukul yang mati pada overs ke-5. Dalam perlawanan akhir, SMK Semerah bermain penuh keyakinan dengan mendapat 106 semasa bating manakala tuan rumah hanya memperoleh 70 larian. Suasana final yang penuh sesak dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah tidak mengusarkan Semerah untuk terus memburu larian demi larian seterusnya menahan asakan SMK Dato Syed Esa daripada mendapat larian yang banyak.