10 October, 2015

SEMERAH JOHAN BOLA BALING

Akhirnya SMK Semerah menjadi johan bola baling.

Team bola baling SMK Semerah tahun 2015

Barisan jurulatih dari kiri Hashim, Abu Bakar Ali
 dan Hasralda
Menewaskan SMK Seri Medan 4-1. Menumbangkan SMK Penghulu Saat 5-3. Seri dengan SMK Dato' Sulaiman 1-1 dan mengalahkan SMK Dato' Onn 2-1.

03 May, 2015

SEMERAH JUARA SOFBOL DAERAH BATU PAHAT

Berdiri dari kiri : Azlina, Nadia, Suhaily, Wani, Rabiatun, Amelia, Ain Farhana, Aina dan Wahidah.
Duduk dari kiri : Syaza, Aishah, Maisarah, Adila, Suhaidah, Cempaka, Irda dan Anis.

Akhirnya SMK Semerah merangkul kejuaraan sofbol kategori perempuan  daerah Batu Pahat pada tahun ini. Pertandingan yang dikelolakan oleh SMK Tunku Putra berlangsung dari 27 – 28 April bagi kategori perempuan dan 29-30 April bagi kategori lelaki.
Persiapan awal bermula sejak bulan Januari dijalankan dibawah kendalian ketua jurulatih, En Hashim A. Ghani. Latihan intesif dalam tempoh tiga bulan memberi impak kepada team sofbol ini yang kebanyakannya adalah para pemain yang mempunyai pengalaman ketika di sekolah rendah. Dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan. Puan Yuhanis dan Pn Noor Wahida Wahab, pasukan ini telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa sekolah berdekatan. Sementara itu, Cik Hasralda Abu Hassn dan En Yaser Warif yang bertindak sebagai penolong jurulatih telah banyak membantu ketua jurulatih, En Hashim dalam merealisasikan sasaran sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini.
Team ini yang dianggotai oleh 15 orang pemain. mampu menyerap tekanan dan memiliki iltizam yang tinggi untuk berjaya. Melangkah bergaya menewaskan johan tahun lepas, SMK Convent 11-2. Kejayaan ini menaikkan semangat para pemain sehingga dalam perlawanan kedua yang berlangsung dalam keadaan hujan Berjaya membelasah pendatang baru SM Sains Batu Pahat (A) 13-1 dan seterusnya menjuarai kumpulan A.
Pada peringkat suku akhir, pasukan sofbol Semerah yang diketuai oleh Noor Amelia Rasidin terus mengganas dengan menumbangkan SMK Dato’ Syed Esa 18-1. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada SMK Tunku Mahmood Iskandar pada peringkat separuh akhir, namun pasukan sofbol Semerah berjaya menumpaskan SMK Tunku Mahmood Iskandar dengan larian  9-6.
Kehebatan SMK Semerah terbukti apabila membenam SMK Dato’ Seth 13-2 pada perlawanan akhir. Keunggulan SMK Semerah membaiki pencapaian tahun 2011 yang sekadar naib johan. Moga SMK Semerah terus cemerlang dan menyerlah seperti cogan kata sekolah iaitu SMK Semerah Terus Menyerlah.

Sementara itu, SMK Dato’ Seth berjaya menjadi johan kategori lelaki apabila menewaskan SMK Dato’ Syed Esa 9-8 dalam perlawanan yang mendebarkan. Manakalah tempat ketiga dimenangi oleh SMK Datuk Menteri setelah mengalahkan johan tahun lepas SMK  Dato’  Sulaiman