25 April, 2009

SOFBOL BAWAH 15 & 18 TAHUN : MENERUSKAN KEJAYAAN & MEMBAWA HARAPAN




Tahun 2009 sekali lagi membawa kejayaan kepada pasukan sofbol SMK Semerah. Pasukan ini dibimbing oleh Cik Noor Nazira bt Maliki dan En Hashim bin A Ghani serta dibantu oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Mesafizam. Cik Diyana Dalila bt Zulkifli dan En Hamizan bin Ahmad bertindak sebagai pengurus pasukan.
Sekiranya pada tahun lepas pasukan sofbol menduduki tempat ke-4, tahun ini mereka membaiki kedudukan dengan meraih tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 15 Tahun MSSD Batu Pahat yang dikelolakan oleh SMK Datuk Menteri pada 21-22 April 2009.
Sofbol SMK Semerah menjuarai johan kumpulan B dengan membelasah SMK Tun Aminah 17-1 dan menumpaskan SMK Datuk Menteri 8-0. Namun demikian, tewas mengejut kepada SMK Dato' Sulaiman 9-18 tetapi bangkit semula membenamkan sekali lagi SMK Tun Aminah 13-2 untuk menduduki tempat ke-3.
Johan dimenangi oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar, naib johan dimenangi oleh SMK Dato' Sulaiman. Sementara itu, SMK Munsyi Sulaiman menjuarai kategori lelaki dan SMK Yong Peng menjadi naib johan.
Tahniah kepada pasukan sofbol, tingkatkan prestasi anda untuk kejayaan pada tahun depan, 2010.
Sementara itu, pemain-pemain dan pegawai-pegawai yang sama juga telah menyertai Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat pada 23-25 April 2009 bertempat di SM Teknik Batu Pahat. Dengan sasaran memenangi 1 perlawanan, team sofbol telah memenangi 2 perlawanan iaitu menumpaskan SMK Seri Medan 15-12 dan menewaskan SMK Dato' Sulaiman 12-4 tetapi tewas kepada SM Teknik 7-15.
Oleh sebab itu, team SMK Semerah tidak dapat meneruskan perjuangan ke peringkat semi final kerana kurang larian berbanding SM Teknik dan SMK Dato' Sulaiman. Dengan hampir keseluruhan pemain berumur 14 tahun, sesungguhnya team SMK Semerah mampu pergi jauh pada tahun depan. Tahun 2009 ini adalah untuk 'expose' agar pemain-pemain membiasakan dengan metod permainan peringkat 18 tahun. InsyaAllah pada tahun depan pasti akan meraih kejayaan.
Johan tahun ini dimiliki oleh SMK Convent, SMK Tun Aminah sebagai naib johan, ketiga ialah SM Teknik dan SMK Dato' Sulaiman menduduki tempat ke-4. Bagi kategori lelaki, johan dimenangi oleh SM Teknik dan SMK Munsyi Sulaiman menjadi naib johan.


17 April, 2009

BANGKITLAH TEAM BOLA SEPAK ; CUBA LAGI TAHUN DEPAN

SMK Semerah telah menghantar pasukan bola sepak ke Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 Tahun pada 6-8 April 2009 yang dikelolakan olah SMK Tunku Mahmood Iskandar. Manakala pada 14-17 pula Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun telah dikelolakan oleh SMK Seri Gading. Pasukan bola sepak tersebut telah dilatih oleh En Abd Halim, En Hafiz dan En Amir Hamzah manakal En Noimpendi bertindak sebagai pengurus.
Keputusan L15, SMK Semerah lwn SMK Dato Bentara Luar (0-1), SMK Semerah lwn SMK Senggarang (1-0), SMK Semerah lwn SM Hwa Jin (5-0) dan tewas pada peringkat suku akhir di tangan SMK Seri Gading (1-3). Manakal bagi team L18, SMK Semerah lwn SM Teknik (0-3), seri dengan SMK Tun Ismail (2-2), tumpas kepada SMK Datin Onn Jaafar (1-2) dan seri dengan SMK Dato' Seth (0-0). Jadi team L18 tidak sempat menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.


11 April, 2009

OLAHRAGA MSS JOHOR 2009

Pada 2-5 April 2009, Kejohanan Olahraga MSS Johor telah diadakan di Stadium Kluang. 5 orang pelajar SMK Semerah iaitu Saifullah bin Md Don, Zaidi bin Marbon, Ibrahim bin Abd Hamid, Tiara Natasha dan Norhafizah telah dipilih mewakili daerah Batu Pahat pada kejohanan berikut. Mereka diiringi oleh En Hashim bin A Ghani, juga salah seorang jurulatih dalam kontijen olahraga Batu Pahat. Akhirnya daerah Batu Pahat menduduki tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Manakala Saifullah Md Don memenangi pingat gangsa untuk acara 100m L20 dan Tiara mendapat tempat ke-6 dalam acara 3000m terbuka. Tahniah kepada para pemenang. Sesungguhnya para pelajar SMK Semerah juga mampu bersaing pada peringkat tinggi.