30 March, 2012

XPDC MENAWAN GUNUNG DATUK


Antara peserta lelaki
                Hebat! Para pelajar SMK Semerah berjaya menawan Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Ekspedisi (XPDC) ini disertai oleh 42 orang pelajar dengan diketuai oleh En Zainuddin Basiran, Guru Hal Ehwal Murid (HEM) dan diiringi oleh En Mohd Faiza, Cik Koh Siu Teen dan beberap orang guru lagi. XPDC ini adalah program HEM kedua untuk tahun ini setelah Program Kepimpinan Pengawas di Asahan, Melaka.  XPDC ini dilakukan pada 3 Mac 2012.  Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengibarkan bendera sekolah Semerah, negeri Johor dan Jalur Gemilang. Jadikan pengalaman semasa mendaki sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga. Bukan mudah untuk mendaki ; tapi pelajar Semerah telah membuktikannya apabila berjaya menawan Gunung Datuk.


29 March, 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG DAERAH BATU PAHAT : SEMERAH MELAKAR SEJARAH GEMILANG


           SMK Semerah melakar sejarah pencapaian terbaik sejak 2005 dalam arena olahraga dengan memperoleh 3 emas dan 4 perak dalam Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat.  Dalam kejohanan yang berlangsung dari 20 – 23 Mac 2012 ini, SMK Semerah mempertaruhkan seramai 34 orang peserta dan 11 orang pegawai yang diketuai oleh En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan En Mohd Saharif Said sebagai pengurus kontijen. Manakala En Azhar Ghafar, En Hashim A. Ghani dan En Azrizal Aizat sebagai jurulatih dan dibantu oleh En Hasbi Mohd Nor, En Mohd Hafiz Zaid, Abdul Halim Samad, Tn Hj Yusof Sarmaet, Pn Waheedah Wahab, Cik Norul Rafidah Redzuan dan CIk Nornida Sapuan. Inilah atlet teramai yang pernah dibawa ke kejohanan yang berprestij di Batu Pahat.
            Sasaran pada tahun ini ialah memperbaiki kedudukan pada tahun lepas iaitu 2 emas,  3 perak dan 3 gangsa serta meduduki tempat ke-14. Dengan latihan intensif selama 2 minggu,

18 March, 2012

SENARAI PESERTA OLAHRAGA 2012


            Seramai 44 orang pelajar akan mewakili SMK Semerah ke  Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat yang akan diadakan pada 20 – 23 Mac 2012 di Stadium Batu Pahat.
BIL
NAMA PESERTA KAT L/P 13 TAHUN
BIL
NAMA PESERTA L/P 15 TAHUN
BIL
NAMA PESERTA L/P 18 TAHUN


1
MD ARIF FARHAN
15
MUHAMMAD SOBRI AZWAN
29
IBRAHIM HAMID

2
MD HAFIZUDDIN
16
MUHAMAD LOKMAN BIN SAKIP
30
MOHAMAD FARIZ FIRDAUS

3
MOHD EMIR AMIRUDDIN
17
MUHAMMAD NIZAN
31
MOHAMAD AZWAN MESNI

4
MOHAMAD AMIR AMREIN
18
LUKMAN HAKIM BIN NORHAN
32
MUHAMMAD FAIZUL

5
MUHAMMAD RASIDI
19
MOHAMMAD ARIF ADHA
33
AHMAD FAHMI ABD KAHHAR

6
MOHAMAD FAZLEE
20
MUHAMMAD HASIF
34
AHMAD FAUZY SAPARY

7
ALIAH ATIRAH  MOHD AZHAR
21
MUHAMMAD AIEDEL REEZA
35
ADIB FAZIQ JAMIL

8
NUR MAISARAH  ABDUL HAMID
22
SITI SYAZA AMIRA BT IRMA
36
MOHAMAD FARIDZUAN OMAR

9
NURLIYANA KHALISAH
23
JADIRAH BT SAAD
37
MUHAMMAD ZUHAIRI ANUAR

10
SITI KHADIJAH
24
NUR FADILAH BT SA'ADON
38
MUHAMAD FARIS JEMADI

11
NUR MAISARAH BT BUYAMIN
25
NABILA BT NAOH
39
MUHAMMAD TAHAMUL AKMAR

12
NUR HAZMI MISROM
26
NOR FAZLIN BT SHAHDAN
40
NUR HAFFIZAH BT ZAKARIA

13
AINUL SYAHIRAH
27
NURUL NAJIHAH BT NORMAN
41
NURAIN BT AHMAD

14
NURNADIA HANIS
28
ONG SHIAU WEI
42
TIARA NATASHA





43
NATASHA HUDA





44
LIANA FARAHANA


11 March, 2012

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN 2012


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 18 TAHUN

JOHAN
     SMK SERI GADING
NAIB  JOHAN
     SMK DATO’ SETH
KETIGA
     SMK DATO’ ONN
KEEMPAT
     SMK SEMERAH

Percubaan selama lebih satu dekad akhirnya berjaya direalisasikan. Akhirnya SMK Semerah berjaya menduduki tempat keempat. Tahniah ! Pasukan bola sepak SMK Semerah gagal melangkah ke perlawanan akhir setelah tewas dengan SMK Dato’ Seth 1-2 dan seterusnya kecundang untuk penentuan tempat ke-3/4 di tangan SMK Dato’ Onn 0-2. 
Sebelum masuk padang
Dalam pertandingan yang dikelolakan oleh SMK Datuk Menteri telah berlangsung dari 27 Februari hingga 2 Mac 2012 bertempat di padang SMK Seri Gading, SMK Tunku Mahmood Iskandar dan SMK Datuk Menteri. Sementara itu, SMK Seri Gading berjaya melunaskan dendam dengan kejayaan merangkul kejuaraan setelah berjaya menumbangkan SMK Dato’ Seth 2-0. Tahun lepas SMK Dato’ Seth menewaskan SMK Seri Gading pada perlawanan akhir.
           

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 15 TAHUN

SMK Semerah : Ke-3


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 15 TAHUN
JOHAN
     SMK SERI GADING
NAIB  JOHAN
     SMK DATUK MENTERI
KETIGA
     SMK SEMERAH
KEEMPAT
     SMK TUN  ISMAIL

Jika pasukan bola sepak lelaki bawah 18 tahun (L!8) menduduki tempat ke-4 pada minggu lepas, kini pencapaian tersebut diperbaiki oleh skuad bola sepak bawah 15 tahun (L15) dengan menduduki tempat ke-3. Pertandingan yang dijalankan dari  6 – 8 Mac bertempat di padang Stadium Jalan Ampuan. Pasukan L15 ini diketuai oleh En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKO), En Yusof Abu Bakar dan En Mohd Hafiz Mohd Zaid sebagai jurulatih, En Amir Hamzah dan En Mohd Faiza Rahman sebagai pengurus dan dibantu oleh En Hashim A. Ghani sebagai guru pengiring.  Menurut En Amir Hamzah, team ini telah dibentuk selama 2 tahun dan akan cuba merealisasikan misi untuk mengungguli 3 tempat terbaik dalam pertandingan pada kali ini.
           

10 March, 2012

PANGLIMA : JUARA BARU MERENTAS DESA 2012



RUMAH  SUKAN / BHG
LA
KED
LB
KED
LC
KED
PA
KED
PB
KED
PC
KED
JUM
KED
SYAHBANDAR
22
4
33
2
22
3
24
4
37
4
16
6
154
5
LAKSAMANA
15
5
24
4
32
2
53
2
32
6
17
5
173
4
BENDAHARA
42
1
23
5
8
6
12
6
54
1
59
1
198
3
TEMENGGUNG
26
3
12
6
21
4
17
5
35
5
27
3
138
6
NAKHODA
28
2
27
3
19
5
58
1
45
2
26
4
203
2
PANGLIMA
7
6
41
1
38
1
47
3
42
3
40
2
215
1

            Kejutan ! Rumah Panglima membuat kejutan apabila mengungguli Pertandingan Merentas Desa SMK Semerah buat julung-julung kalinya. Pertandingan yang diadakan pada 3 Mac yang lepas menyaksikan 6 rumah sukan bersaing hebat untuk cuba menobatkan rumah sukan yang paling hebat dalam arena larian jarak jauh.