05 December, 2017

AISYAH ADILA BANTU JDT JOHAN SOFBOL BAWAH 16 TAHUN

         Aisyah Adila Sabiran yang mewakili JDT C telah berjaya membantu team JDT C menjadi johan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2017. Kejohanan yang dijalankan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 27-30 November telah disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan.
          Kemenangan Aisyah Adila ini adalah kejayaan kedua beliau setelah membantu JDT merangkul naib johan semasa Kejohanan Sofbol MSSM pada bulan Mei yang lepas.  Pada tahun lepas, Aisyah Adila

23 August, 2017

AISYAH ADILA MEMBANGGAKAN TEAM SOFBOL JOHOR

         
 Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT) ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aisyah Adila menjadi pemain ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.  Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut tidak terpilih pada tahun ini.

          Setelah cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih pada tahun ini untuk mewakili JDT ke peringkat kebangsaan.
Team Sofbol Johor Darul Takzim : Aisyah Adila di depan sekali
Pasukan JDT telah berjaya masuk ke perlawanan akhir namun disekat oleh pasukan negeri Selangor dalam aksi perlawanan yang mendebarkan.

10 July, 2017

Pasukan Sofbol P18 Batu Pahat : Noor Amelia (empat dari kanan barisan depan), Nur Asyikin (dua dari kanan barisan depan) dan Aisyah Adila (paling kanan barisan depan). En Hashim A. Ghani (dua dari kanan barisan belakang)
Pasukan perempuan Batu Pahat bawah 18 tahun telah menjadi naib johan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor yang diadakan pada 6-8 Julai 2017 di Johor Bahru. Pada tahun ini, 3 orang pemain dari SMK Semerah iaitu Noor Amelia Rasidin, Aisyah Adila Sabiran dan Nur Asyikin Shahrul telah menjadi antara tunggak utama team Batu Pahat.
          Pasukan perempuan bawah 18 tahun Batu Pahat yang diketuai oleh ketua pasukan, Noor Amelia menewaskan pasukan Kota Tinggi, Mersing dan Pontian sebelum tumpas dalam perlawanan akhir 2-8 kepada Kulai

24 April, 2017

BOLA BALING MASIH BELUM MENYERLAH : TETAPI TIDAK MENYERAH


Walaupun tidak mengecapi pingat, pasukan bola baling SMK Semerah tidak patah semangat untuk berjuang dalam Pertandingan Bola Baling MSSD Batu Pahat yang diadakan pada 18 – 19 April 2017 di Pura Kencana dan dikelolakan oleh SMK Tun Ismail.
Team bola baling SMK Semerah diuruslatih oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan Tn Hj Abu Bakar bin Ali. Team perempuan bermula garang dengan membenam SM Agama Parit Raja 2-0, namun tersentak apabila

22 April, 2017

HATTRIK TIDAK BERJAYA : SOFBOL SEMERAH TEMPAT KE-3


 Hajat SMK Semerah untuk mencipta hatrik johan sofbol daerah Batu Pahat tersekat apabila hanya menduduki tempat ketiga. Setelah dua tahun berturut-turut menjadi johan, kemaraan Semerah tersekat di separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada SMK Yong Peng dalam perlawanan yang mendebarkan.
Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan En Hilmi Hafiz serta Cik Hasralda Abu Hassn. Juga dibantu oleh En Iddi Muhaimin, En Yaser Warif dan En Musa manakala lilitan kapten pasukan diamanahkan kepada Nurul Amelia Rasidin. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tunku Putra pada 10 – 11 April untuk kategori sekolah rendah, 12 – 13 April untuk kategori perempuan 18 tahun dan 16 – 17 April bagi ketegori lelaki 18 tahun.

08 March, 2017

JUBLI EMAS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BATU PAHAT : SEMERAH TETAP MENYERLAH

Wajah-wajah pemenang pingat
 SMK Semerah  berjaya membaiki pencapaian tahun lepas apabila merangkul 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa berbanding tahun 2016 yang mengutip 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Kejayaan ini diperoleh Haikal Zahiruddin yang meraih 1 emas untuk acara 200 meter lari berpagar dan 1 perak untuk acara 110 meter lari berpagar.  Koh Ze Xuan pula mendapat 2 perak untuk acara 1500 meter dan 3000 meter. Pingat gangsa pula disumbangkan oleh Rizal untuk acara 2000 meter lari berhalangan. Dengan pencapaian ini, SMK Semerah menduduki tempat ke-19 berbanding tempat ke-24 pada tahun lepas.

Kontijen SMK Semerah 2017

Pada tahun ini, kontijen SMK Semerah diketuai

25 February, 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-44 : PANGLIMA HATTRICK JUARA

Rumah Panglima : Juara Kejohanan Balapan dan Padang tahun 2017
Akhirnya Panglima dinobatkan menjadi juara Kejohanan Balapan dan Padang SMK Semerah Kali Ke-44 untuk tahun 2017.  Walaupun kurang 3 pingat emas berbanding rumah Laksamana namun Panglima memenangi kelebihan mata dengan memperolehi 266 mata dan meninggalkan Laksamana yang memperolehi 243 mata untuk menduduki tempat kedua. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tn Hj Supiandi Yusof, Pengetua SMK Semerah.


Tahniah kepada rumah Panglima. Jumpa lagi pada tahun 2018.

12 February, 2017

BENDAHARA BUAT KEJUTAN, JOHAN SUKANTARA



Bendahara melakar kejutan apabila mengungguli Sukantara pada tahun 2017 ini. Kejayaan ini adalah satu keajaiban kerana pada tahun lepas menduduki tempat ke-6.

Rumah Bendahara yang diterajui oleh

03 February, 2017

JADUAL SUKANTARA 2017

     ISNIN, 6 FEBRUARI 2017
ACARA/MASA
3.30 PETANG
4.00 PETANG
4.30 PETANG

SYAHBANDAR
100 METER
LOMPAT JAUH
LONTAR PELURU


NAKHODA
LONTAR PELURU
100 METER
LOMPAT JAUH


TEMENGGUNG
LOMPAT JAUH
LONTAR PELURU
100 METER



    SELASA, 7 FEBRUARI 2017

ACARA/MASA
3.30 PETANG
4.00 PETANG
4.30 PETANG

PANGLIMA
100 METER
LOMPAT JAUH
LONTAR PEURU


LAKSAMANA
LONTAR PELURU
100 METER
LOMPAT JAUH

  
BENDAHARA
LOMPAT JAUH
LONTAR PELURU
100 METER



Adakah juara tahun 2016 iaitu rumah Syahbandar akan sekali lagi dinobatkan sebagai johan Sukantara pada tahun ini? Kita tunggu dan lihat !  

21 January, 2017

LAKSAMANA KEMBALI JUARAI MERENTAS DESA 2017


 Johan tahun lepas, rumah sukan Panglima kecundang apabila menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Merentas ang Desa SMK Semerah sebaliknya Laksamana yang menduduki tempat kedua pada tahun lepas, telah berjaya merampas semula takhta johan merentas pada tahun iniA.
          Pertandingan yang diadakan pada 18 Januari 2017 telah dilepaskan oleh En Sohari bin Rosland, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Semerah pada pukul 9.30 pagi. Jarak larian pada tahun ini sejauh 5 km untuk perempuan dan 7 km untuk kategori lelaki.
          Penyampaian pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh waki rasmi ADUN Semerah, En Muslim. Berikut adalah keputusan merentas desa pada tahun ini.
         
RUMAH SUKAN
LA
LB
PA
PB
JUM
KED
BENDAHARA
23
37
61
61
182

2
LAKSAMANA
29
55
73
63
220

1
NAKHODA
22
1
43
79
145

6
PANGLIMA
52
20
49
49
170

3
SYAHBANDAR
33
13
49
54
149

5
TEMENGGUNG
31
16
46
66
159

4