29 August, 2010

BERKIBARLAH JALUR GEMILANG...TANGGAL 31 BULAN LAPAN '57

Berkibar...berkibarlah...berkibarlah...Jalur Gemilang.
Hari ini 30 Ogos 2010, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis penutupan dilakukan oleh Tn Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah. Ucapan yang berapi-api oleh beliau yang meminta para pelajar menghayati erti pengorbanan para pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan. Kemerdekaan negara baru mencecah 53 tahun, namun lebih 446 tahun negara Persekutuan Tanah Melayu dijajah oleh 4 kuasa asing. Pengorbanan kita amat kecil berbanding pengorbanan para pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan pada pagi itu. Dan kemuncaknya ialah nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos oleh para pelajar dan guru-guru serta mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Meriah! Kepada semua pelajar dan guru, teruskan mempertahankan kemerdekaan. Merdeka, merdeka, merdeka!!!

19 August, 2010

BULAN KEMERDEKAAN, BULAN MEMBACA DAN BULAN TADARUS


Tiga aktiviti dalam bulan Ogos ini iaitu Bulan Kemerdekaan, Bulan Membaca dan Bulan Tadarus telah diadakan di SMK Semerah. Pelancaran rasmi dilakukan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Adam bin Abu pada 16 Ogos 2010 di Dataran Informasi. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk Bulan Kemerdekaa. Antaranya Kibaran Jalur Gemilang setiap pagi, kuiz, pertandingan mengarang dan sebagainya. Bulan Membaca pula menggalakkan para pelajar untuk membaca buku di seluruh persekitaran sekolah. Manakala Bulan Tadarus pula mengkhendaki guru-guru membaca Al Quran. Ada giiliran pembacaan Juzuk Al Quran . Ada beberapa kelas yang akan membaca di surau. Tahniah kepada semua yang menyemarakkan aktiviti-aktiviti di SMK Semerah.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENDUDUKI TRIAL EXAM

Sempena bulan Ramadhan ini, Unit Sukan SMK Semerah berbesar hati ingin  mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Ibadah kepada semua guru, kaki tangan, para pelajar dan warga sekolah. Semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Ibadah yang dilakukan akan diterima oleh Allah dan menjadi bekalan kita suatu masa nanti. Juga ucapan selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada calon-calon PMR dan SPM. Moga bulan Ramadhan yang diberkati ini akan membantu para calon dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam peperiksaan.


06 August, 2010

SELAMAT DATANG KE SEMERAH


Julung-julung kalinya, Jambori Pengakap diadakan di padang SMK Semerah dari 6-8 Ogos 2010. Lebih 300 orang ahli pengakap dari seluruh Batu Pahat berkumpul dan berkhemah di sini. Yang menariknya jambori ini memperkenalkan idea mengelola-aturkan radio amatur. Justeru itu, jambori ini dinamakan Jamboree On The Air Asia Pasifik (JOTA). Unit Sukan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli pengakap yang hadir dan para tetamu ke SMK Semerah.
Persediaan awal diadakan oleh pihak Unit Sukan kerana banyak infrastruktur digunakan di sekitar padang dan Bilik Sukan. Mana-mana yang sudah rosak digantikan dengan yang baru. Kelab Sepak Takraw juga ada menjual makanan dan minuman untuk menambah tabung kelab. Bagus juga para ahli Kelab Sepak Takraw yang mengurus jualan gerai. Menurut gurunya En Hasbi, aktiviti ini selain untuk mengisi tabung, para ahli kelab dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan memupuk kerjasama dalam melakukan aktiviti keusahawanan.
Para ahli pengakap dapat menggunakan radio amatur dan berkomunikasi dengan rakan ahli di serata dunia khususnya di rantau Asia Pasifik. Bersemangat mereka. Tahniah kepada pengelola program. Tahun depan datanglah lagi.