25 March, 2013

PERTANDINGAN MERENTAS DESA


Panglima membuat kejutan apabila menjadi johan Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2013. Johan tahun lepas, Laksamana tenggelam dengan hanya menduduki tempat keempat. Aktiviti pertama ialah warming-up yang diketuai oleh En Azrizal Aizat dengan diiringi oleh guru-guru dan diikuti oleh para pelajar.  


Rumah Panglima menjadi johan Merentas Desa bagi tahun 2013

12 March, 2013

KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN

SEMERAH  MERANGKUL  
3 EMAS,  3  PERAK,  4  GANGSA 
 KEDUDUKAN KE-10 
Para penyumbang pingat bersama Tn Hj Adam Abu, Pengetua SMK Semerah,  En Azhar Ghafar (Ketua Jurulatih)
dan En Ismail Jais (GPKokurikulum)
EMAS         : MOHD SOBRI (1500M), IBRAHIM HAMID (HEPTATLON), SAIDATUL FATIHAH    (LONTAR PELURU)
PERAK       : NURUL SYAZA (REJAM LEMBING), TAN PIE JIA (1500M), NURHAFIZAH (3000M)
GANGSA    : NORFADILA (PENTATHON), TAN PIE JIA (LOMPAT TINGGI), MIRZA  (JALAN KAKI), NASARULAQ (3000M)
TERUSKAN  KECEMERLANGAN 


Barisan Jurulatih. Dari kiri En Halim, En Hafiz, En Hasbi, En Azhar dan En Aizat Azrizal. 


11 March, 2013

PETANQUE MELAKAR SEJARAH TEMPAT KETIGA



SMK Semerah melakar sejarah apabila pertama kali menyertai Pertandingan Petanque Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Padang Petanque Taman Flora itu diketuai oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan En Rosli bin Ishak dengan peserta seramai 8 orang.
Walaupun pertama kali menyertai, Semerah membuat kejutan dengan menduduki tempat ke-3 bagi  kategori lelaki setelah menewaskan SMK Tun Ismail. Menurut En Ahmad Hamizan, kejayaan ini adalah di luar jangka kerana inilah pertama kali Semerah menyertainya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja utama sukan petanque iaitu Koperasi SMKSemerah.
Diharapkan tahun hadapan sekolah kita dapat menggapai sekali lagi untuk meraih kecemerlangan dalam sukan petanque ini. Menyemarakkan sukan petanque sebagai salah satu sukan berprestasi tinggi di SMKSemerah.