29 July, 2010

FUTSAL : MENGORAK LANGKAH MENUJU KECEMERLANG BOLA SEPAK

Sabtu, 24 Julai 2010. Sebanyak 33 team telah mendaftar untuk Pertandingan Futsal Antara Kelas. Aktiviti ini adalah anjuran Kelab Bola Baling SMK Semerah. Penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan berbanding penyertaan pada tahun lepas. Penonton yang datang bukan sahaja para pelajar lelaki, pelajar perempuan juga sanggup berpanas memberi sokongan kepada kelas masing-masing. Kelihatan juga beberapa ibu bapa dan masyarakat setempat yang menonton.
Kebanyakan para pemain yang mewakili kelas masing-masing menjalani latihan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain. Ada yang menggunakan taktik 2-2 dan 4-0. Namun, banyak team yang merealisasikan taktik 3-1. Penyampaian pingat dan hadiah disampaikan semasa perhimpunan Isnin, 26 Julai 2010. Berikut adalah keputusan pertandingan.

Kategori Menengah Atas :
Johan          : 5 Melati
Naib Johan : Ora Keruan
Ketiga        : Tegak FC
Keempat    : AFC

Kategori Menengah Rendah
Johan           : V6 FC
Naib Johan  : 2 Seroja 1
Ketiga         : 3H
Keempat     : Fire FC















11 July, 2010

SEPANYOL JUARA BARU PIALA DUNIA 2010



Sepanyol menyerlahkan kecemerlangan dalam dunia bola sepak dengan mengungguli kejohanan paling berprestij, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dengan menewaskan 
dalam perlawanan akhir. di Soccer Citu Stadium, Johannesburg. Skuad Belanda yang diletakkan sebagai underdog tunduk dengan gerakan cantik Sepanyol yang diterajui oleh Andres Iniesta dan Xavi Alonso serta serangan bertali arus David Villa dan Ramos. Manakala gerakan pantas Arjen Roben dan Van Persie disekat oleh benteng Spanyol yang diketuai oleh Puyol. Iker Casillas juga bertindak cemerlang menangkap kemas serangan padu Belanda. 
Ternyata Sepanyol lebih banyak menguasai perlawanan. Permainan keras Belanda mengundang padah apabila John Hetinga dibuang padang pada separuh kedua dalam masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat masa permainan. Serangan balas Sepanyol pada minit ke-116 telah meranapkan impian Belanda untuk membayar hutang kegagalan dalam final 1974 dan 1978. Gerakan pantas disudahi oleh tendangan kencang Andres Iniesta menamatkan misi Belanda yang tidak pernah tewas dalam semua perlawanan sebelum ini. Sepanyol kini sebaris dengan negara pemenang Piala Dunia, Brazil, Jerman, Itali, Uruguay, Argentina, England dan Peranchis
Sementara itu, pemain terbaik Bola Emas dianugerahkan kepada Deigo Forlan, (Uruguay.), Kasut Emas dimenangi oleh Thomas Mueller ( Jerman), Tangan Emas dirangkul oleh Iker Casillas (Sepanyol), Fairplay dimenangi oleh pasukan Sepanyol. Andres Iniesta juga memperoleh Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Thomas Mueller sekali lagi memenangi anugerah Pemain Muda Harapan.
Piala keagungan bola sepak akan berlangsung di Brazil pada tahun 2014. Jumpa di sana !

05 July, 2010

STREET SCOCER SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN


Hari Keusahawanan SMK Semerah telah diadakan pada 1 Julai 2010. Aktiviti tahunan ini amat dinantikan oleh warga sekolah dan masyarakat setempat. Antara objektifnya ialah mengasuh para pelajar untuk menjadi usahawan di samping mencari dana untuk sekolah dan PIBG. Lebih kurang 30 gerai menjual beraneka makanan, minuman, hasil kampung dan permainan.
Antara permainan yang diadakan ialah street scocer yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak. 30 team bertanding yang dijalankan secara kalah mati. Menurut guru penasihat kelab, En Noimpendi Abu Bakar, pertandingan ini untuk mencungkil bakat di kalangan para pelajar di samping mengumpul dana kelab. Ini adalah aktiviti pertama dan akan disusuli dengan pertandingan futsal yang bakal diadakan pada akhir bulan Julai. Pertandingan tersebut diadili oleh En Mohd Hafiz Mohd Zaid yang juga guru penasihat kelab.
Juara untuk kategori menengah rendah dimenangi oleh team 3 Ros manakal team 4 Seroja mengungguli kategori menengah atas.Unit Sukan mengharapkan aktiviti tersebut berjaya dalam mencapai objektifnya dan percaya pencapaian bola sepak sekolah akan meningkat pada tahun-tahun mendatang.

04 July, 2010

PIALA DUNIA SEMAKIN KE PUNCAKNYA




Afrika Selatan, 5 Julai. Kini hanya Belanda, German, Sepanyol dan Uruguay sahaja yang masih berjuang untuk merebut piala keagungan bola sepak. Pasukan favorite Brazil dan Argentina yang diramal-ramal akan ke final akhirnya kencundang di suku akhir. Brazil tewas ditaji Belanda 1-2. Aksi Kaka dan Robinho layu di tengah padang. Aksi mantap pemain Belanda meneggelamkan reputasi hebat Brazil. Argentina pula meratap kesedihan apabila diratah 4-0 di oleh skuad muda Jerman. Jurulatih Argentina, lagenda Maradona terpaksa menelan keceluparannya apabila sering menyindir skuad Jerman. Kekalahan memalukan Argentina ini juga menyebabkan bintangnya Messi menangis apabila penambilannya tahun ini tidak menghasilkan jaringan gol. Aksi Terves pula gagal menyerlahkan kehebatannya seperti mana yang dipamerkan ketika aksi dalam kumpulan serta pusingan kedua.
Kini Belanda mencongak untuk melawan sama ada musuh Jerman atau Sepanyol. Mari kita tengok, siapakah yang akan ke final !