02 November, 2012

SMK DATO' SULAIMAN TETAP UNGGUL

Pasukan bola sepak SMK Semerah : Naib Johan Piala Warisan
SMK Dato’ Sulaiman unggul apabila menjuarai dua piala dan sekaligus menjadi johan keseluruhan. Kejayaan SMK Dato’ Sulaiman menafikan sekali lagi SMK Semerah  untuk menjulang piala keagungan pesta permainan untuk para pelajar Tingkatan Satu di tempat sendiri.  Kejohanan yang dijalankan di padang SMK Semerah diadakan pada 1 November 2012 telah disertai oleh 4 buah sekolah di sekitar parlimen Parit Sulong iaitu SMK Dato’ Sulaiman, SMK Dato’ Onn, SMK Penghulu Saat dan SMK Semerah. Sementara itu, MRSM Batu Pahat telah menarik diri pada saat-saat akhir. Kali terakhir SMK Semerah mengelolakannya pada 2007 dengan menjadi naib johan keseluruhan. Itulah pencapaian terbaik bagi SMK Semerah.
Kejohanan ini mempertandingkan 4 permainan iaitu bola sepak dan sepak takraw untuk kategori lelaki bagi merebut Piala Warisan dan Piala Sepedoman. Sementara itu, permainan bola jaring dan bola baling adalah untuk kategori perempuan bagi Piala Wawasan dan Piala Semerah. Dalam pada itu juga, terdapat Piala Maresma yang dikhususkan untuk guru-guru bertanding untuk permainan badminton yang diadakan pada 2 November di Dewan Young Young, Peserai.
Cuaca yang mendung dengan sekali sekali hujan turun renyai-renyai tidak mencacatkan kelancaran pertandingan. Suasana meriah di padang dipenuhi para penyokong tuan rumah yang cuba untuk membaiki pencapaian pada tahun lepas dengan sasaran menjuarai satu piala. Namun sasaran tersebut tergelincir apabila hanya menjadi naib johan untuk permainan bola sepak dan bola jaring serta menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Pingat dan piala disampaikan oleh Tuan Haji Adam bin Abu, pengetua SMK Semerah. Kejayaan SMK Dato' Sulaiman mengulangi kejayaan mereka pada dua tahun lepas.  
Berikut adalah kedudukan dan pencapaian sekolah-sekolah yang bertanding :
           
KEDUDUKAN IKUT PIALA                  :           SEMUA  PERMAINAN

SEKOLAH
BOLA SEPAK
SEPAK TAKRAW
BOLA JARING
BOLA BALING
MATA
KED
SMK DATO’ SULAIMAN
1
( 8 )
4
( 2 )
1
( 8 )
2
( 5 )
23
JOHAN
SMK PENGHULU SAAT
3
( 3 )
1
( 8 )
4
( 2 )
4
( 2 )
15
KE-4
SMK DATO’ ONN
4
( 2 )
2
( 5 )
3
( 3 )
1
( 8 )
18
NAIB JOHAN
SMK SEMERAH
2
( 5 )
3
( 3 )
2
( 5 )
3
( 3 )
16
KE-3