23 February, 2014

SOBRI CIPTA REKOD ; LAYAK KE MSSM




Sobri Azwan Aziz membuktikan bahawa pelajar SMK Semerah juga mampu memberi sumbangan kepada daerah apabila menduduki tempat ke-6 bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. Manakala Mohd Aminuddin menduduki memperoleh tempat ke-28 bagi kategori lelaki bawah 15 tahun. Mereka diiringi oleh En Ismail Jais, GPKO SMK Semerah selaku Ketua Rombongan dan Tn Hj Hashim A. Ghani sebagai pengurus lelaki 18 tahun. Sementara itu, daerah Batu Pahat menduduki tempat ke-3 keseluruhan. 4 orang peserta dari Batu Pahat termasuk Sobri Azwan Aziz layak ke Kejohanan Merentas Desa MSSM di Sabah.











16 February, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH BATU PAHAT 2014 : SEMERAH TEMPAT KE-4 KESELURUHAN

Naib Johan Lelaki 18 dan Tempat Ke-4 Keseluruhan
Team Merentas Desa 2014 : Naib Joha L18 dan Ke-4 Keseluruhan
SEKOLAH / KAT
L18
KED
L15
KED
P18
KED
P15
KED
JUM
KED
SMK DATO SULAIMAN
262
6
110
1
184
1
292
3
11
1
SMK DATO SYED ESA
250
5
241
4
292
5
104
1
15
2
MRSM BATU PAHAT
183
3
240
3
187
2
346
8
16
3
SMK SEMERAH
106
2
288
5
430
11
306
4
22
4
SMK SERI MEDAN
322
7
486
12
266
4
182
2
25
5
SM SAINS BATU PAHAT
463
8
430
8
258
3
422
9
28
6
SMK SERI GADING
504
11
435
9
318
7
310
5
32
7
SMK TINGGI BT PAHAT
79
1
189
2
667
0
430
0
53
-


SMK Semerah buat kali pertama menjadi tuan rumah untuk aktiviti merentas desa bagi sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat.  Laluan mendatar dan trek kebun berjarak 7 km bagi kategori lelaki 18 tahun dan 5 km bagi kategori lain, tidak menjadi masalah kepada para peserta larian. Bermula awal pagi, para peserta dilepaskan oleh Tn Hj Adam Abu, Pengetua SMK Semerah.  4 kategori dipertandingkan iaitu lelaki 18, lelaki 15, perempuan 18 dan perempuan 15 tahun.
Sekali lagi, SMK Dato’ Sulaiman muncul johan keseluruhan. Diikuti oleh SMK Dato’ Syed Esa, MRSM Batu Pahat dan tuan rumah SMK Semerah mengungguli tempat ke-4. Team SMK Semerah yang diketuai En Azhar Ghafar dan Tn Hj Hashim A Ghani serta dibantu oleh team trek dan padang mengharapkan kelebihan trek laluan tempat sendiri untuk menjadi tiga tempat teratas. Namun Semerah hanya menjadi naib johan bagi kategori lelaki 18 tahun. Mohd Sobri yang mendapat tempat ke-2 masih belum mampu menyumbang menjadi johan kategori apabila kejayaan beliau tidak diekori rapat oleh rakan-rakannya.  Sementara itu, bagi kategori lelaki 15, Semerah mendapat tempat ke-5 , tempat ke-11 bagi kategori perempuan18 dan tempat ke-4 bagi kategori perempuan 15 tahun.
Pingat dan hadiah disampaikan oleh YB Ismail, ADUN Semerah. Tahniah kepada para pemenang.