08 November, 2020

BATU PAHAT JUARA SOFBOL MSS JOHOR 2020

 

       

Setelah sekadar 3 tahun menduduki naib juara, tahun 2020 menjadi tahun gemilang kepada kontijen sofbol Batu Pahat apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor. Kejohanan yang berlangsung pada 27-29 Feb 2020 ini diadakan di SM Sains Muar memperlihatkan semangat para pemain Batu Pahat yang dibakar emosinya oleh rakan-rakan jurulatih, sanggup berlatih bersunguh-sungguh demi merealisasikan misi menbolot juara keseluruhan. Daerah Batu Pahat telah beraksi cemerlang dengan 4 kategori berada di final namun 3 kategori iaitu L12, P12 dan P18 sahaja yang menang.


       Tahniah kepada kontijen sofbol Batu Pahat. Misi tahun depan pula mengekalkan juara. InshaAllah.


23 March, 2020

SEMERAH TETAP MENYERLAH DI PERSADA

         


  
Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat, Semerah. Pertandingan yang diadakan di SMK Datuk Menteri ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. 
           Pasukan Semerah memulakan langkah dengan menang mudah dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan SMK Yong Peng, SMK Tun Ismail dan SMK Seri Medan. Pada tahun ini, Nur Ashikin Shahrul bertindak selaku kapten dengan barisan jurulatih yang dipimpin oleh Tn Hj Hashim bersama Coach Musa, En Ahmad Hamizan, Cik Hasralda dan En Iddi Muhaimin serta dibantu oleh Pn Aryanti, Pn Hafizah dan Pn Noor Suhaidah
     Berlatih sejak cuti hujung persekolahan 2019 dengan misi mengekalkan kejuaraan.  Glove baru untuk semua pemain dan 2 bat baru pada tahun ini memberikan semangat luar biasa kepada para pemain.
          Beberapa siri perlawanan persahabatan