28 November, 2018

AISYAH ADILA DAN NUR ASHIKIN MENYERLAH DI PERSADA SOFBOL : JDT JOHAN LAGI

Walaupun bertubuh kecil namun tidak menjadi  masalah besar kepada dua wakil SMK Semerah iaitu Aisyah Adila bt Sabiran dan Nur Ashikin bt Sahrul yang telah memainkan peranan besar kepada  pasukan sofbol perempuan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun MSSM yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat dari 25 – 27 November 2018.
Aisyah Adila yang bertindak sebagai kapten pasukan telah bermain dalam posisi 3rd base manakala Nur Ashikin pula memenuhi out field (pemadang luar). JDT memulakan langkah bergaya apabila menang selesa ke atas Selangor C 10-2 dan membenam Perak 22-0 untuk melangkah ke suku akhir.  Seterusnya menewaskan satu lagi rakan pasukan negeri iaitu Johor A 12-8 untuk mara ke separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, ada tentangan awal pasukan Selangor A ke atas JDT namun JDT berjaya mengekang tentangan hebat sehingga berjaya memenangi perlawanan tersebut 9-2 untuk mara ke perlawanan akhir. Akhirnya buku bertemu ruas apabila perlawanan akhir menemukan Harimau Selatan dengan team Tok Gajah
Perlawanan akhir dijalankan sebanyak 7 inning.  Kedua-dua pasukan saling tidak memberikan larian sehinggalah pada inning ketiga barulah JDT memperoleh 3 larian. Pasukan Pahang terus mengasak JDT dengan pukulan-pukulan yang disasarkan ke out field namun kecekapan para pemain pemadang luar JDT yang diketuai oleh Nur Ashikin telah menggagalkan asakan tersebut. Kealpaan Pahang mengasak akhirnya dihukum apabila JDT memperolehi 3 larian lagi pada 2 inning terakhir. Pahang yang semakin terdesak terus mencuba untuk menafikan kemenangan JDT pada saat akhir dan akhirnya Pahang berjaya juga memperoleh 2 larian. Namun Pahang tidak kesampaian untuk menyekat JDT. Pelari terakhir Pahang yang cuba mendapatkan larian ke home telah ditag (disentuh) oleh Aisyah Adila dan perlawanan akhir berakhir dengan keputusan 6-2. Dengan itu, JDT pun dinobatkan sebagai johan sofbol kategori perempuan pada tahun ini iaitu johan buat kali kedua-dua berturut dalam 3 penampilan di perlawanan akhir.

Sementara itu, kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Pahang yang menewaskan Selangor 4-3 dalam perlawanan akhir.  Syabas kepada pasukan-pasukan yang bertanding yang telah menunjukkan kualiti permainan yang cemerlang.  Tahniah kepada JDT serta Aisyah Adila dan Nur Ashikin. Sememangnya Semerah menyerlah di persada.


Team  Sofbol JDT Bawah 16 Tahun 
Dari kiri : Tn Hj Hashim, Aisyah Adila dan Nur Ashikin

21 October, 2018

KPI DICAPAI : TAEKWANDO BERJAYA DI PERSADA ANTARABANGSA


         

          Team taekwando SMK Semerah telah berjaya merealisasikan Key Performance Indeks (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah apabila 3 orang wakil sekolah telah menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa.
          Pasukan taekwando SMK Semerah diwakili oleh Auni Natasya bt Azmi, Muhd Azfar bin Azmi dan  Muhamad Fikri telah menyertai Kejuaraan Taekwando Terbuka Hypermax pada 28-30 September di Stadium Tertutup Serdang, Selangor. Wakil Semerah, Muhammad Fikri telah merangkul pingat perak manakala Auni  Natasya menggondol pingat gangsa. Tahniah kepada mereka.
          Kejayaan taekwando diikuti oleh Aisyah Adila bt Sabiran yang sekali lagi mencipta nama apabila telah mewakili Johor ke Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan di Polimas, Kedah pada 5-8 Oktober 2018. Pasukan yang diwakili oleh Aisyah Adila menduduki tempat ke-3. Inilah pencapaian beliau buat kali ke-4 setelah membantu permainan sofbol apabila  mengungguli johan MSSJ, naib johan MSSM dan ketiga Liga Politeknik Malaysia
   Tahniah kepada wakil-wakil taekwando dan sofbol yang mengharumkan nama sekolah dan seterusnya mencapai KPI tahun 2018. Syabas.

24 September, 2018

SEMERAH KIAN MENYERLAH DI PERSADA : BOLA SEPAK, BOLA JARING DAN SOFBOL



Dari kiri : En Halim, En Hilmi dan En Azhar 

Tiga permainan yang melibatkan penyertaan warga SMK Semerah telah melakar kejayaan iaitu permainan bola sepak, bola jaring dan sofbol. Hebat ! Zon Semerah sekali lagi mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila merangkul kejuaraan bola jaring dan bola sepak dalam Pertandingan Sukan Kakitangan Pegawai Pendidikan (PSKPP) Daerah Batu Pahat pada 7-8 September 2018.
          Kejohanan tahunan ini juga mempertaruhkan permainan sepak takraw, boling, bola tampar, dan memanah. Pasukan bola sepak Zon Semerah telah dibarisi oleh 5 orang pemain (guru) dari SMK Semerah iaitu En Hafiz, En Hilmi, En Halim, En Azhar dan En Razif. Selaku penyandang juara,

09 August, 2018

SEMERAH RANGKUL NAIB JOHAN : BELUM MAMPU DI PERSADA JUARA

Team Bola Baling

Pasukan bola jaring guru : Tempat ke-3
Pasukan Futsal Guru : Naib Johan



                   Dengan misi menjulang kejuaraan di tempat sendiri, SMK Semerah melakukan latihan intensif selama sebulan sejak cuti pertengahan tahun untuk merealisasikan juara keseluruhan buat kali pertama. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Julai 2018 di SMK Semerah ini mempertaruhkan 4 piala iaitu Piala Warisan untuk permainan bola sepak, Piala Sepedoman untuk sepak takraw, Piala Wawasan untuk permainan bola jaring dan Piala Semerah untuk bola baling. Manakala Piala Maresma dikhususkan untuk pertandingan antara guru-guru iaitu futsal untuk guru-guru lelaki dan acara bola jarring 3x3 untuk guru-guru perempuan.
          Dalam pada itu,

16 July, 2018

FLOOR BALL : ARENA BARU. TIDAK MENGECEWAKAN


         
Floor ball akan menjadi fenomena baru aktiviti sukan di Semerah. Justeru itu, SMK Semerah tidak ketingalan untuk mempromsi sukan baru ini. Team floorball diketuai oleh En Azhar Ghafar, En Hafiz Hilmi dan Pn Mazylena pada tahun ini. Penyertaan kali pertama ini tidak pulang dengan tangan kosong apabila menduduki tempat ke-4.




KRIKET MANTAP: KETIGA DAERAH, JOHAN NEGERI

Team Kriket Bawah 18 Tahun Batu Pahat : JOHAN 

Dari kiri. Hisham, Rizal Iskandar, Tn Hj Hashim, Haikal, Izzat dan
Hisyamuddin : Mewakili Batu Pahat ke MSSJ
Walaupun pasukan kriket SMK Semerah hanya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat, namun  SMK Semerah mempunyai wakil paling ramai dalam kontijen kriket Batu Pahat apabila seramai 5 orang dipilih untuk mewakili daerah  ke Kejohanan Kriket MSS Johor di Kota Tinggi pada 12-14 Julai 2018. Kehebatan pemain Semerah iaitu Khairul Hisyam Zakaria, Muhammad Izzat Md Fauzan, Hisyamuddin Abd Kahhar, Muhammaf Rizal Iskandar dan Mohammad Haikal Othman serta Tn Hj Hashim sebagai penolong pengurus pasukan kriket bawah 18 tahun, telah memulakan langkah bergaya apabila membenam Segamat dan Pasir Gudang pada peringkat kumpulan.
Seterusnya Batu Pahat menumbangkan tuan rumah Kota Tinggi 42-41 untuk layak ke separuh akhir. Daerah Muar menjadi mangsa seterusnya apabila daerah Muar hanya memperoleh 53 larian berbanding 59 larian oleh Batu Pahat. Keadaan hujan lebat sebelum perlawnan bermula menyebabkan hanya 5 overs sahaja dimainkan pada peringkat semi final
Lanjutan daripada itu,

10 March, 2018

SRIKANDI SEMERAH BANTU RANGKUL JUARA SOFBOL JOHOR

         
3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt Sabiran, Nur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai.
Adlena, Nur Ashikin dan Aisyah Adila
10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18 Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.
Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai

08 March, 2018

OLAHRAGA TETAP MENYERLAH DI PERSADA : 1 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA

           Semerah masih menyerlah di persada olahraga  apabila memperoleh 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat yang dijalankan pada 5-8 Mac 2018. Pertandingan diadakan di Stadium UTHM.

     Kontijen SMK Semerah diwakili oleh 38 orang atlet dan 6 orang pegawai yang terdiri En Azhar        Ghafar, En Razif Palil, En Hafiz Hilmi, En Hashim A. Ghani, Pn Waheedah Wahab dan Pn                  Norsaedah Jamal.





14 February, 2018

SOFBOL SEMERAH MASIH MENYERLAH ; DI PERSADA KETIGA

Baris pertama dari kiri : Adila, Chempaka, Mimi, Adlena, Anes dan Nazira
Baris kedua dari kiri : En Iddi, Cg Hasralda, Elmy,Aisyah, Wani, Atun, Adibah, Aqilah, Shikin, Cg Hashim dan Cg Hamizan

           Sekali tersungkur, amat sukar untuk bangkit. Langkah disusun agar terus berlari. Namun sudah terlewat untuk mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.
          Dengan latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
          Langkah bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila

07 February, 2018

BENDAHARA KEKALKAN KEJUARAAN SUKANTARA 2018



Acara-acara yang dijalankan : lompat jauh, 100 meter dan lontar peluru

          Bendahara mengekalkan kejuaraan apabila merangkul juara Sukantara SMK Semerah pada tahun 2018. Rumah Syahbandar yang mengekori rapat Bendahara sekadar bepuas hati menduduki naib juara Sukantara. Pertandingan yang diadakan pada 5 – 6 Februari pada sesi pagi agar lebih ramai penglibatan pelajar dalam sukan supaya falsafah Sukan Untuk Semua boleh diaplikasikan.

12 January, 2018

BENDAHARA RAMPAS TAKHTA UNTUK JUARAI MERENTAS DESA



                       Johan tahun lepas, Laksamana kecundang apabila hanya menduduki tempat ke-2 dalam Pertandingan Merentas Desa SMK Semerah sebaliknya Bendahara yang menduduki tempat kedua pada tahun lepas, telah berjaya merampas takhta johan merentas pada tahun ini.
          Pertandingan yang diadakan pada 11 Januari 2018 telah dilepaskan oleh Tn Hj Shidan bin Ramli, Pengetua SMK Semerah pada pukul 9.30 pagi. Jarak larian pada tahun ini sejauh 5.8 km.
                   Panglima yang nampak hebat tersungkur di tempat ke-4, manakala Nakhoda dan Syahbandar masih belum memberi saingan dalam pertandingan pada tahun ini. Rumah Temenggung pula menunjukkan peningkatan pada tahun ini apabila menduduki tempat ke-3.
          Walaupun hujan renyai-renyai turun, namun ianya tidak mencacatkan pertandingan. Laluan trek yang lecak dan berair merencatkan semangat para pelajar dalam mendapatkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Berikut adalah keputusan merentas desa pada tahun ini.
         
RUMAH SUKAN
LA
LB
PA
PB
JUMLAH
KED
BENDAHARA
31
57
15
19
122
1
LAKSAMANA
43
20
16
22
101
2
NAKHODA
1
12
32
28
73
5
PANGLIMA
18
29
27
8
82
4
SYAHBANDAR
6
29
6
11
52
6
TEMENGGUNG
27
23
23
19
91
3

Tahniah kepada para pemenang. Anda semua HEBAT ! Aktiviti berikutnya ialah