23 January, 2010

LATIHAN MERENTAS DESA ; AYUH TERUSKAN LARIAN


Bersemangat. Itulah persepi awal kepada para pelajar yang telah berlari dalam latihan merentas desa. Latihan Sesi Pertama merentas desa telah diadakan pada hari Isnin, 18 Jan 2010 telah disertai oleh para pelajar dari rumah sukan Syahbandar (Merah), Laksamana (Kuning), Nakhoda (Ungu). Manakala Panglima (Oren), Temenggung (Hijau) dan Bendahara (Biru) mengadakan latihan pada hari Selasa, 19 Jan 2010. Jarak larian pada tahun ini ialah 9.5 km iaitu jarak larian paling jauh yang pernah dianjurkan oleh Unit Sukan. Larian bermula dari padang sekolah melalui jalan sekitar Semerah Laut masuk kebun sawit terus ke Sarang Buaya Laut sehingga menyelusuri Kawasan Penternakan Udang sehinggalah ke Sungai Nibong Laut dan berakhir di padang sekolah. Latihan Sesi Kedua diadakan pada 25 & 26 Jan 2010.

Walaupun jaraknya jauh, lebih kurang 9.6 km, namun para pelajar tetap berjaya menghabiskan larian. Ada yang membawa air juga. Ada yang tidak larat berlari boleh berjalan untuk menarik nafas untuk berlari lagi. Namun mereka tetap berjaya menghabiskan larian. Malah ada guru-guru yang berlari bersama-sama para pelajar seperti En Hafiz, En Lim Seng Hoe, Cik Diyana, Pn Nurul Wahidah dan Pn Hafizah Zainal. Syabas! Kepada para pelajar, latihan ini hanyalah persediaan untuk hari sebenar pada Sabtu, 6 Feb 2010. Pada latihan yang akan diadakan pada 24 & 25 Jan 2010, jarak larian dikurangkan iaitu jarak larian perempuan ialah 5.5 km manakala jarak larian lelaki ialah 7.5 km. Ini kerana laluan asal ada batuan yang menghalang larian para pelajar dan agak berbahaya. Jadi trek baru dibuat untuk memudahkan larian dan memendekkan jarak larian. Pihak sekolah amat mementingkan keselamtan pada pelajar.Teruskan berlari. Jumpa pada 6 Feb 2010 untuk pertandingan yang sebenar.

09 January, 2010

MAJLIS SUKAN SMK SEMERAH 2010


PENGERUSI
TN HJ ADAM BIN ABU ( PENGETUA )

TIMBALAN PENGERUSI
EN TUMIAN BIN JASMAN ( GPK KOKURIKULUM )

NAIB PENGERUSI I
EN RADZALI BIN AHMAD ( GPK I )

NAIB PENGERUSI II
EN RAZIF BIN SURADI  ( GPK HEM )

PENYELARAS
CIK NORNIDA BT SAPUAN

SETIAUSAHA SUKAN
EN AZHAR BIN ABDUL GHAFAR

PENOLONG SETIAUSAHA

EN HASHIM BIN A GHANI

BENDAHARI
PN MAHANI BT MISIJAN

AHLI JAWATANKUASA
En Mohd Hafiz bin Mohd Zaid
Tn Hj Mohd Yusof bin Sarmaet
En Noimpendi bin Abu Bakar
Cik Koh Siu Teen
En Hasbi bin Mohd Nor
Pn Zamilah bt Ekhwan
En Mohd Faiza bin Abd Rahman
Guru Penasihat Sukan dan Permainan
Ketua Guru Rumah
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sukan
Guru Disiplin

AJK KHAS MAJLIS SUKAN
 OLAHRAGA / MSSD : En Azhar bin 
MERENTAS DESA : En Hasbi bin Mohd Nor
PENGHARGAAN / PENSIJILAN : Pn Mahani bt Misijan
SUKANTARA : Cik Nornida bt Sapuan
TEKNIK PERTANDINGAN : En Azhar bin Abd Ghafar
SUKAN KECIL / ACARA AWAL : En Hashim bin A Ghani
TEKNIK / ALATAN : Pn Zamilah bt Ekhwan
PESTA PERMAINAN : Tn Hj Mohd Yusof bin Sarmaet
LAPORAN / DOKUMENTASI : Cik Siti Meriam bt Hassin
PIALA WARISAN : En Noimpendi bin Abu Bakar