Tahun ini tiga sesi latihan dijalankan. Para peserta rumah bersaing hebat pada hari pertandingan. Kelihatan guru-guru juga bersemangat memberi perangsang kepada para peserta rumah. Cuaca yang baik pada pagi Jumaat tersebut memberikan iltizam kepada para pelari. Peserta-peserta dilepaskan oleh Tn Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah. Berikut adalah keputusan pertandingan :-
22 February, 2011
LAKSAMANA UNGGULI MERENTAS DESA 2011
1 MURID 1 SUKAN
Pendekatan mutakhir oleh kerajaan untuk menggalakkan para pelajarnya aktif bersukan dengan memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini pada matlamat akhir menjadikan suasana kondusif dalam aktiviti sukan dan permainan agar dapat melahirkan bakat sukan yang berprestasi tinggi. Kita telah melahirkan Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizulhasni, Jsoiah Ng dan Sazali Samad (sekadar menyebut beberapa nama) yang bertaraf dunia. Manalah tahu dengan dasar ini akan menyemai minat bersukan dan dapat melahirkan bakat-bakat sukan yang akan dilatih oleh para jurulatih kita. Juga sekurang-kurangnya kita membantu kesedaran pentingnya kesihatan.
Moga dasar ini akan memberi nilai tambah kepada industri sukan tanahair.
Subscribe to:
Posts (Atom)



