02 September, 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN UNTUK GURU-GURU PENASIHAT KELAB

Para peserta untuk modul 1M1S untuk permainan sofbol

Tarikh Kem : 28 - 29 Ogos 2013
Tempat       : SM Sains Batu Pahat
Peserta       : 250 orang guru
Jenis Permainan : Sofbol, gimnastik, senamrobik, futsal dan ragbi






28 June, 2013

HARI KEUSAHAWANAN : MENDERMA SAMBIL MENJAMU SELERA ; CUNGKIL BAKAT NIAGA


  
Gerai Persatuan PJK : Menjual roti canai dan murtabak
Hari Keusahawanan kembali semula diadakan pada 27 Jun 2013 setelah tahun lepas tidak diadakan. Hujan turun renyai-renyai pada sebelah malam dan awal hening pagi melenyapkan masalah jerebu. Hari ini juga diadakan Hari Terbuka. Program yang dinaungi oleh PIBG ini  berobjektifkan mencungkil bakat berniaga dan kepimpinan serta memperoleh pengalaman dalam dunia perniagaan dimulakan dengan upacara perasmian oleh Yang Berhormat En Ismail Roslan, ADUN Semerah.

14 May, 2013

PERTANDINGAN SOFBOL BAWAH 18 TAHUN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2013

Team Sofbol Semerah. Berdiri dari kiri : Cik Hasralda, Azalina, Hafizah, Nabila, Syafika, Nabilah, Lyana, Fatin, Wani, En Ahmad Hamizan. Duduk dari kiri : Nadiah, Suhaidah, Amelia, Ain Farhana, Maisarah, Serina dan Fatihah.

SMK Dato'  Sulaiman, johan sofbol lelaki

31 April hingga 3 Mei 2013, padang SMK Semerah diwarnai oleh 22 pasukan sofbol di Batu Pahat dalam Pertandingan Sofbol Lelaki & Perempuan Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Peningkatan mendadak bilangan pasukan yang bertanding merancakkan persaingan hebat antara pasukan-pasukan yang bertanding. 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan bersaing dalam pertandingan yang berlangsung selama 3 hari. Antara pasukan baru dalam arena sofbol ialah SMK Dato’ Syed Esa dan SMK Seri Gading.
Tahun ini, SMK Dato’ Sulaiman berjaya menjuarai kategori lelaki setelah menewaskan SMK Dato’  Seth. Namun demikian, SMK Dato’ Seth berjaya menjadi johan perempuan setelah menewaskan TIGS.


         JOHAN LELAKI              :         SMK DATO’ SULAIMAN         
NAIB JOHAN                 :         SMK DATO’  SETH

JOHAN PEREMPUAN    :         SMK DATO’  SETH
NAIB JOHAN                 :         SMK (P) TEMENGGUNG IBRAHIM

30 April, 2013

SEMERAH MENDUDUKI TEMPAT KETIGA HOKI


Para pemain meraikan kemenangan menduduki tempat ke-3