11 April, 2009

OLAHRAGA MSS JOHOR 2009

Pada 2-5 April 2009, Kejohanan Olahraga MSS Johor telah diadakan di Stadium Kluang. 5 orang pelajar SMK Semerah iaitu Saifullah bin Md Don, Zaidi bin Marbon, Ibrahim bin Abd Hamid, Tiara Natasha dan Norhafizah telah dipilih mewakili daerah Batu Pahat pada kejohanan berikut. Mereka diiringi oleh En Hashim bin A Ghani, juga salah seorang jurulatih dalam kontijen olahraga Batu Pahat. Akhirnya daerah Batu Pahat menduduki tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Manakala Saifullah Md Don memenangi pingat gangsa untuk acara 100m L20 dan Tiara mendapat tempat ke-6 dalam acara 3000m terbuka. Tahniah kepada para pemenang. Sesungguhnya para pelajar SMK Semerah juga mampu bersaing pada peringkat tinggi.

No comments:

Post a Comment