06 August, 2010

SELAMAT DATANG KE SEMERAH


Julung-julung kalinya, Jambori Pengakap diadakan di padang SMK Semerah dari 6-8 Ogos 2010. Lebih 300 orang ahli pengakap dari seluruh Batu Pahat berkumpul dan berkhemah di sini. Yang menariknya jambori ini memperkenalkan idea mengelola-aturkan radio amatur. Justeru itu, jambori ini dinamakan Jamboree On The Air Asia Pasifik (JOTA). Unit Sukan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli pengakap yang hadir dan para tetamu ke SMK Semerah.
Persediaan awal diadakan oleh pihak Unit Sukan kerana banyak infrastruktur digunakan di sekitar padang dan Bilik Sukan. Mana-mana yang sudah rosak digantikan dengan yang baru. Kelab Sepak Takraw juga ada menjual makanan dan minuman untuk menambah tabung kelab. Bagus juga para ahli Kelab Sepak Takraw yang mengurus jualan gerai. Menurut gurunya En Hasbi, aktiviti ini selain untuk mengisi tabung, para ahli kelab dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan memupuk kerjasama dalam melakukan aktiviti keusahawanan.
Para ahli pengakap dapat menggunakan radio amatur dan berkomunikasi dengan rakan ahli di serata dunia khususnya di rantau Asia Pasifik. Bersemangat mereka. Tahniah kepada pengelola program. Tahun depan datanglah lagi.

No comments:

Post a Comment