25 May, 2011

SELAMAT BERCUTI...NAIK CUTI SUKAN OLAHRAGA AKAN BERMULA


Cuti persekolahan akan bermula 28 Mei 2011. Selamat bercuti kepada para pelajar dan guru-guru.  Dalam cuti tentu ada program.
Yang balik kampung ; hati-hati memandu. Yang adakan kelas tambahan ; teruskan usaha. Yang menanda kertas jawapan ; jangan lupa naik cuti isi markah. Yang ikuti perkhemahan ; jaga keselamatan. Yang pergi makan angin ; eloklah juga, boleh kurangkan stress. Yang bersanding ; tahniah diucapkan. Yang dapat pindah ; semoga gembira di tempat baru. Yang bertanding ke MSSM ; marilah kita saksikan dan yang tidak pergi ke mana-mana ; SABARLAH ! 
Jangan lupa, selepas tamat cuti, bermulalah arena  sukan olahraga iaitu Sukantara, Sukan Kecil dan Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah. Kita tunggu masanya !

PESTA PERMAINAN MSSM BERMULA


Apabila cuti sekolah bermula maka bermulalah juga pesta permainan pada peringkat MSSM. Antara permainan yang dipertandingkan pada cuti persekolahan ini ialah bola baling, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, catur, hoki, sofbol, sepak takraw, memanah, ragbi dan badminton.
Seorang pelajar SMK Semerah telah terpilih mewakili kontijen bola baling Johor iaitu saudara Ahmad Syafik bin Sapary. Beliau melepasi peringkat pemilihan selama 3 hari dan seterusnya mengikuti latihan intensif selama seminggu di UTM, Johor Baharu. Kejohanan tersebut diadakan di Perlis pada 1-6 Jun 2011.  Kita harapkan beliau berjaya dalam membantu Johor dalam kejohanan tersebut. Unit Sukan percaya akan kebolehan beliau !
Selain Ahmad Syafik, terdapat seorang pelajar lagi iaitu Wan Mohamad Hanafi yang pernah mewakili Johor dalam permainan kriket pada awal tahun ini. Beliau telah dua kali mewakili team kriket Johor iaitu pada tahun 2010 dan tahun ini. Nampaknya SMK Semerah SMK Semerah tidak ketandusan pelajar untuk diketengahkan pada peringkat tinggi.
Selamat berjaya. Kepada para pelajar lain, jadikan usaha dua pelajar ini sebagai contoh untuk mengembangkan bakat dalam bidang sukan permainan peringkat tinggi. SEMERAH PASTI BOLEH !

18 May, 2011

IDENTIFIKASI FIZIKAL PERMAINAN SOFBOL


Kejayaan sesuatu permainan seringkali dikaitkan dengan fizikal pemain. Bagaimanakah hendak kita mengenalpasti fizikal? Ini bergantung kepada jenis permainan. Fizikal pemain bola sepak tidak sama dengan fizikal pemain kriket atau memanah.
          Berikut antara fizikal yang dikenalpasti untuk permainan sofbol :
Adakah anda yang dicari dan memenuhi kiteria di atas?

15 May, 2011

KEJOHANAN SOFBOL MSS JOHOR 2011


Team Sofbol P18 Batu Pahat : Ketiga
 Pada 13-15 Mei 2011, empat permainan dipertandingkan pada peringkat negeri iaitu bola tampar di daerah Muar, badminton di Kluang, sofbol dan tenis di Segamat.
Sehubungan itu, seramai 4 orang pelajar SMK Semerah telah dipilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Sofbol MSS Johor 2011. Mereka ialah Umu Haziqah bt Abu Bakar, Nor Ain Fazreen bt Mohtadin, Noramelina bt Ahmad Balya dan Nur Azreen Aida bt Roslan yang diiringi dan dilatih oleh En Hashim bin A. Ghani.
Sebagai finalist 2010, Batu Pahat menewaskan Johor Bahru 8-4 namun tewas mengejut kepada Kluang 2-4 tetapi bangkit membenam Ledang 10-0.

06 May, 2011

HALANGAN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA


Kini sukan dianggap sebagai satu industri. Industri sukan mampu menjana pulangan ekonomi dan pembangunan sosial yang banyak kepada negara. Imej negara akan meningkat sekiranya negara berjaya mengetengahkan atlit dan penganjuran sukan yang bertaraf dunia. Peluang pekerjaan dan kemasukan pelaburan juga akan bertambah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, terdapat 5 halangan pembangunan industri sukan negara iaitu :
1. Tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan.
2. Promosi sukan dilakukan secara berasingan.
3. Tiada produk jenama Malaysia.
4. Penganjuran 'acara besar' yang tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak terbabit.
5. Bidang sukan tidak dipupuk dari peringkat sekolah.
Beliau mengutarakan pandangan tersebut dalam perbincangan mesyuarat pelaksanaan program Tahun Industri Sukan 2011. Moga industri sukan negara kita akan terus mantap dan maju setanding dengan negara-negara Barat.

04 May, 2011

SK SERI UTAMA JUARA SOFBOL 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

SK Seri Utama (MSSC Semerah) johan sofbol P12 empat tahun berturut-turut
Tahniah. Buat kali ke-4 berturut-turut SK Seri Utama yang mewakili MSSC Semerah telah menjadi johan sofbol MSSD Batu Pahat kategori perempuan 12 tahun. Pasukan yang dilatih oleh En Yasir bin Abd Warif, Cik Roshaniza Mahmood dan En Khalil telah membenam Pintas Puding 6-1, menumpaskan Yong Peng 10-0 dan menumbangkan Senggarang 11-0. Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara dimiliki oleh MSSC Pintas Puding, naib juara dirangkul oleh MSSC Senggarang dan tempat ke-3 dimenangi oleh MSSC Yong Peng
Pingat dan sijil disampaikan oleh En Razak, Pegawai Kanan Sukan PPD Batu Pahat. Dalam penutupan majlis, beliau mengharapkan Batu Pahat terus mengungguli sukan sofbol di peringkat negeri yang akan dipertandingkan pada 13-15 Mei di Segamat. Tahniah sekali lagi kepada team SK Seri Utama dan selamat datang ke SMK Semerah pada tahun 2012 untuk meneruskan kegemilangan sofbol Semerah pada peringkat daerah khususnya dan seterusnya peringkat negeri amnya.

03 May, 2011

KATA-KATA PERANGSANG PEMBAKAR SEMANGAT


1.      Kemenangan dan kejayaan pasukan kita bukan kerana kelemahan pasukan lawan tetapi kita memang KUAT dan kita selayaknya MENANG. ANDALAH JUARA YANG BERGAYA !
2.      Kekalahan kita bukan kerana kelemahan pasukan kita tetapi nasib yang tidak menyebelahi pihak kita. Seandainya kita diberikan sedikit masa lagi, pasti kemenangan di pihak kita. Namun demikian saya bangga kerana anda berlawan dengan semangat membara, kental dan bermain bermati-matian tanpa putus asa. Di mata saya, ANDALAH JUARA !