12 April, 2012

SEMERAH JOHAN KRIKET BATU PAHAT : PENANTIAN 5 TAHUN BERAKHIR


 KUMPULAN A
PASUKAN
SMKDSE
SMKTBP
SMKSM
MATA
KED
SMK SYED ESA

109 – 90
58 – 52
6
1

( 3 )
( 3 )
SMK TINGGI BATU PAHAT
90 – 109

66 – 98
0
3
( 0 )

( 0 )
SMK SERI MEDAN
52 – 58
98 – 66

3
2
( 0 )
( 3 )


                                                            KUMPULAN  B
PASUKAN
SMKS
SMKDO
SMKTI
MATA
KED
SMK SEMERAH

69 – 65
120 – 64
6
1

( 3 )
( 3 )
SMK DATO’ ONN
65 – 69

81 – 77
       3
2
( 0 )

( 3 )
SMK TUN ISMAIL
64 – 120
77 – 81

0
3
( 0 )
( 0 )



          5 tahun menunggu untuk SMK Semerah mengukir nama dalam arena kriket dengan menjuarai Pertandingan Kriket Lelaki Bawah 18 Tahun Daerah Batu Pahat. Pertandingan ini  dikelolakan oleh SMK Dato’ Syed Esa berlangsung pada 12 & 13 AprilSMK Semerah telah membariskan hampir semua muka lama dan 3 muka baru. Pasukan ini diketuai oleh En Hashim Ghani, ketua jurulatih dan En Mohd Faiza Abd Rahman,  jurulatih dengan diiringi oleh En Norzaihan Ahmadi dan En Abu Bakar Ibrahim serta En Azhar Ghafar yang bertindak sebagai fasilitator.  Team yang diketuai oleh Mohd Izham Hamdan sebagai kapten telah memulakan langkah bergaya dengan membenam musuh tradisi SMK Dato’ Onn 69-65.  Kemenangan tersebut mencetuskan semangat kepada para pemain dengan penuh garang membelasah SMK Tun Ismail 120-64.
            Sementara itu, pada peringkat separuh akhir, SMK Semerah sekali lagi unggul dengan menumbangkan SMK Seri Medan 59-56 dengan tanpa pemukul yang mati pada overs ke-5. Dalam perlawanan akhir, SMK Semerah bermain penuh keyakinan dengan mendapat 106 semasa bating manakala tuan rumah hanya memperoleh 70 larian. Suasana final yang penuh sesak dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah tidak mengusarkan Semerah untuk terus memburu larian demi larian seterusnya menahan asakan SMK Dato Syed Esa daripada mendapat larian yang banyak.
            Menurut En Hashim, “Kejayaan ini amat bererti kerana Semerah berjaya melunaskan dendam ke atas SMK Dato’ Syed Esa kerana pada tahun lepas Semerah sekadar menduduki naib johan”.  Tambahnya lagi, “Dengan kejayaan ini, program 5 tahun Unit Sukan  telah berjaya mencapai sasarannya.  Permainan kriket telah disasarkan mampu menjuarai kriket pada peringkat daerah Batu Pahat dalam masa 5 tahun dan misi tersebut bermula sejak 2008 lagi”. Sementara itu, En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Semerah berbangga dengan pencapaian ini. Menurutnya, “Kejayaan ini adalah adalah hasil usaha semua pihak yang membantu pasukan ini berjaya mencapai misinya. Semoga kejayaan ini akan mencetuskan iltizam agar sentiasa inginkan kejayaan apabila mewakili sekolah”.
            Dalam pada itu, tempat ketiga dimenangi oleh SMK Dato’ Onn setelah menewaskan SMK Seri Medan. Bowler terbaik dimenangi oleh Wan Hanafi dari SMK Semerah dan baseman terbaik dimiliki oleh Mohd Taufik dari SMK Dato’ Onn.  Pingat dan hadiah disampaikan oleh Puan Norazmah bt Abd Manas, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato' Syed Esa.

No comments:

Post a Comment