12 August, 2012

SYABAS DATUK LEE CHONG WEI DAN PANDELELA RINONG : JUMPA DI RIO 2016


Sukan Olimpik London 2012 melabuhkan tirainya dengan semangat sesukanan yang tinggi. Malaysia mencatat pencapaian cermerlang apabila merangkul 1 perak dan 1 gangsa ; mengekalkan pencapaian Olimpik Atlanta 1996. Pingat perak diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi acara badminton perseorangna dan gangsa dirangkul oleh Pandela Rinong menerusi acara terjunan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian kedua-dua ahli sukan tersebut. Malah tidak ketinggalan juga ucapan syabas kepada atlet lain yang berusaha untuk mendapatkan pingat kepada negara ; kalau tidak pun mempamerkan aksi yang terbaik untuk negara.
Antara atlet lain yang mempamerkan aksi memberangsangkan ialah Mohd Azizulhasni Awang yang tewas pada final acara lumba basikal, bergu Koo Kien Keat- Tan Boon Heong yang tewas dalam perebutan pingat gangsa. Selain itu, Khairul Anuar Mohamad berjuang sehingga suku akhir acara memanah. Atlet lain juga menunjukkan peningkatan dalam acara masing-masing walaupun gagal untuk mara ke pusingan berikutnya.
Apa pun tahniah kepada semua atlet dan pegawai pasukan serta syabas kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong atas kejayaan memahatkan nama dalam senarai pemenang pingat dalam Sukan Olimpik 2012. Datuk Lee Chong Wei telah menerima hadiah ganjaran daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara berjumlah RM300 ribu dan RM200 ribu pula insentif daripada kerajaan dalam bentuk Amanah Saham Wawasan. Manakala Pandelela pula akan diberikan kemudian. Jumpa lagi di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

No comments:

Post a Comment