15 September, 2012

GANJARAN KECEMERLANGAN SUKAN : PERANGSANG KEJAYAAN BERTERUSAN

Hasninin Sanawi


Pasangan Razif - Jalani Sidek
            Kejayaan atlit sukan semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara. Kini kerjaya sukan boleh menjadi sumber pendapatan lumayan kepada ahli-ahli sukan khususnya ahli sukan yang professional. Kerajaan menyediakan insentif ganjaran  kepada ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara pada peringkat dunia. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) diberikan kepada atlit sukan yang mendapat pingat emas sebanyak 1 juta, perak 300 ribu dan gangsa 200 ribu. Malah mereka akan diberikan pencen sepanjang hayat sebanyak RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa). Wang pencen ini diberikan bukan semasa umur pencen tetapi mulai atlit memperolehi pingat tersebut.
          Sehingga kini insentif Shakam dikecapi oleh Razif Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock dan Datuk Lee Chong Wei bagi permainan bola sepak. Terbaru ialah Pandelala Rnong bagi acara terjunan. Sementara itu, kejayaan atlit paralimpik Muhamd Ziyad Zolkefli yang menang gangsa dalam acara lontar peluru dan Hashinin Sanawi memperolehi pingat perak dalam acara memanah akan mendapat insentif Shakam tanpa ganjaran pencen.
          Sebenarnya ada beberapa atlit paralimpik yang telah berjaya memperoleh pingat dalam sukan paralimpik.
Antaranya P.Mariappan pada Sukan Paralimpik di Seoul 1988 dan Barcelona 1992, Cheok Kon Fatt menang pingat perak acara angkat berat 52 kgdan atlet buta Mohd Khasseri Othman turut menang di Barcelona dalam acara lompat tinggi. Pada Sukan Paralimpik di Beijing 2008, Siow Lee Chan menang gangsa dalam acara angkat berat. Namun mereka masih belum mendapat insentif atas kejayaan mereka mengharumkan nama negara di persada sukan dunia. Kita mengharapkan kerajaan dapat memberi insentif kepada wira-wirawati negara walaupun mereka terdiri daripada golongan orang kurang upaya. Mereka juga berjuang demi negara !


No comments:

Post a Comment