21 February, 2013

PERTANDINGAN KRIKET 2013 : MENGEKALKAN KEJUARAAN

Team Kriket 2013

SMK Semerah juara bergaya dalam arena kriket setelah  berjaya mempertahankan kejuaraan bagi peringkat daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di padang SMK Dato’ Syed Esa telah dijalankan pada 20 – 21 Februari 2013.  Pasukan Semerah diterajui oleh En Hashim A, Ghani dan En Mohd Faiza Abd Rahman sebagai jurulatih manakala En Norzaihan Ahmadi dan En Abdul Halim Abdul Samad sebagai pengurus pasukan.
Pada tahun ini team Semerah yang diketuai oleh Alif Najmi bermula garang dengan membenam musuh tradisi SMK Dato’ Onn 22 – 21, menubangkan SMK Tinggi Batu Pahat 49-48 dan membelasah pendatang baru SM Sains Batu Pahat 28-27 larian.
Pada peringkat semi final, Semerah menundukkan tuan rumah SMK Dato’ Syed Esa dengan 57-54. Dalam perlawanan akhir, Semerah menumpaskan pasukan SMK Senggarang yang pertama kali bertanding 55-54 dengan kesemua wiket tumpas ditangan bowler Semerah pada overs ke-8.
Sementara itu, pingat dan sijil disampaikan ole Tn Hj Taat Kasran, Guru Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid SMK Dato’ Syed Esa. Tempat ketiga dimenangi oleh SMK Dato’ Syed Esa setelah menang tipis ke atas SMK Dato’ Onn 58-57. Ariff Rusdan dan adiknya Mohd Nor Hakim masing-masing memenangi kategori Pemain Terbaik dan Bowler Terbaik.
Menurut jurulatih En Hashim A. Ghani, para pemain pada tahun ini adalah generasi baru setelah generasi lama telah tamat persekolahan yang telah berjaya dalam Program Pembangunan Kriket 2008-2012 dengan pencapaian dua kali naib johan (2010 dan 2011) dan sekali johan (2013).
Tahniah kepada para pemain yang bersungguh-sungguh bermain untuk mempertahankan kejuaraan. Tahun depan kita mesti mengekalkan momentum kejuaraan kriket buat kali ketiga pula.


Bergambar selepas perlawanan menentang SM Sains Batu Pahat
Tahniah kepada para pemain...tahun depan kekalkan kejuaraan untuk kali ketiga

No comments:

Post a Comment