25 March, 2013

PERTANDINGAN MERENTAS DESA


Panglima membuat kejutan apabila menjadi johan Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2013. Johan tahun lepas, Laksamana tenggelam dengan hanya menduduki tempat keempat. Aktiviti pertama ialah warming-up yang diketuai oleh En Azrizal Aizat dengan diiringi oleh guru-guru dan diikuti oleh para pelajar.  


Rumah Panglima menjadi johan Merentas Desa bagi tahun 2013



Larian merentas desa ini dilepaskan oleh Tuan Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah. Seperti biasa, para pemenang kebanyakan terdiri daripada atlet-atlet sekolah. Pingat-pingat  diberikan kepada pemenang sehingga tempat ke-15. Tahniah kepada para pemenang. Tunggu untuk Sukantara pula !
Para marsyal sedang siap sedia

Antara peserta yang sedang berlari
Johan kategori Lelaki C : Mohd Adip Firdaus Kahar
Johan kategori Perempuan C : Norsuhaily Azwan 
Johan kategori Lelaki B : Mohd Rashidi Sulaiman
Johan kategori Perempuan B : Norhazmi Misran
Johan kategori Lelaki A : Mohd Faizul Baharuddin
Johan kategori Perempuan A : Norhafizah Zakaria
Johan kategori Lelaki Khas : Mohd Said Mohd Sani
Johan kategori Perempuan Khas : Nurul Atiqah Hamran

No comments:

Post a Comment