10 October, 2016

SEMERAH KEKALKAN KEJUARAAN BOLA BALING

Tema Bola Baling

          Tewas pada perlawanan pertama tidak merencatkan pasukan  SMK Semerah untuk menjuarai permainan bola baling. Pertandingan yang dijalankan di SMK Seri Medan pada 5 Oktober 2016 melibatkan 6 buah sekolah di sekitar Parlimen Parit Sulong.  Bola sepak dan sepak takraw dipertandingkan untuk pelajar lelaki manakala bola baling dan bola jarring dimainkan untuk pelajar perempuan.      
          Pasukan bola baling SMK Semerah yang merupakan johan tahun 2015 dikejutkan oleh SMK Dato’ Sulaiman apabila tewas 2-7.  Kekalahan tersebut telah meningkatkan motivasi
kepada kepada para pemain untuk melakar kemenangan ke atas SMK Dato’ Onn 3-1 dan seterusnya membenam pasukan tuan rumah 2-1.
          Pasukan Semerah yang dilatih oleh Tn Hj Hashim dan Tn Hj Abu Bakar mengubah taktikal untuk berdepan kembali menentang SMK Dato’ Sulaiman pada perlawanan akhir. Formasi 4-1-1 digunakan untuk mengekang serangan bertali arus pasukan SMK Dato’ Sulaiman. Semerah bermula garang dengan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Keyakinan Semerah terus terserlah apabila menambah satu jaringan pada awal separuh masa kedua. Namun serangan bertubi-tubi SMK Dato’ Sulaiman hanya mampu membolosi 2 gol sahaja. Penjaga gol, Noren Elyani berjaya menangkis serangan pihak lawan. Keghairahan SMK Dato’ Sulaiman dibalas dengan satu gol serangan balas oleh pemain utama Semerah iaitu Hanisah Kahhar dan seterusnya memenangi perlawanan akhir dengna 4-2.
          Kejayaan ini mengulangi pencapaian pada tahun 2015. Tahniah kepada para pemain. Tahun depan, pertandingan ini akan diadakan di SMK Semerah. Pasukan bola baling akan cuba mencipta hattrick untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun depan. Insha Allah. 

 Team bola sepak

No comments:

Post a Comment