08 March, 2017

JUBLI EMAS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BATU PAHAT : SEMERAH TETAP MENYERLAH

Wajah-wajah pemenang pingat
 SMK Semerah  berjaya membaiki pencapaian tahun lepas apabila merangkul 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa berbanding tahun 2016 yang mengutip 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Kejayaan ini diperoleh Haikal Zahiruddin yang meraih 1 emas untuk acara 200 meter lari berpagar dan 1 perak untuk acara 110 meter lari berpagar.  Koh Ze Xuan pula mendapat 2 perak untuk acara 1500 meter dan 3000 meter. Pingat gangsa pula disumbangkan oleh Rizal untuk acara 2000 meter lari berhalangan. Dengan pencapaian ini, SMK Semerah menduduki tempat ke-19 berbanding tempat ke-24 pada tahun lepas.

Kontijen SMK Semerah 2017

Pada tahun ini, kontijen SMK Semerah diketuai
oleh Tn Hj Ramlan Pit GPKO dengan diurus oleh En Razif Palil (pengurus) dan Pn Norsaedah (penolong pengurus) serta dibantu En Azhar Ghafar (ketua jurulatih), En Mohd Hilmi (jurulatih balapan), Tn Hj Hashim (jurulatih padang) dan Pn Nurul Wahedah Wahab (caperon). Seramai 36 orang atlet terpilih mewakili SMK Semerah. Tahniah kepada kontijen SMK Semerah, Anda tetap hebat dan terus menyerlah.

No comments:

Post a Comment