16 July, 2018

KRIKET MANTAP: KETIGA DAERAH, JOHAN NEGERI

Team Kriket Bawah 18 Tahun Batu Pahat : JOHAN 

Dari kiri. Hisham, Rizal Iskandar, Tn Hj Hashim, Haikal, Izzat dan
Hisyamuddin : Mewakili Batu Pahat ke MSSJ
Walaupun pasukan kriket SMK Semerah hanya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat, namun  SMK Semerah mempunyai wakil paling ramai dalam kontijen kriket Batu Pahat apabila seramai 5 orang dipilih untuk mewakili daerah  ke Kejohanan Kriket MSS Johor di Kota Tinggi pada 12-14 Julai 2018. Kehebatan pemain Semerah iaitu Khairul Hisyam Zakaria, Muhammad Izzat Md Fauzan, Hisyamuddin Abd Kahhar, Muhammaf Rizal Iskandar dan Mohammad Haikal Othman serta Tn Hj Hashim sebagai penolong pengurus pasukan kriket bawah 18 tahun, telah memulakan langkah bergaya apabila membenam Segamat dan Pasir Gudang pada peringkat kumpulan.
Seterusnya Batu Pahat menumbangkan tuan rumah Kota Tinggi 42-41 untuk layak ke separuh akhir. Daerah Muar menjadi mangsa seterusnya apabila daerah Muar hanya memperoleh 53 larian berbanding 59 larian oleh Batu Pahat. Keadaan hujan lebat sebelum perlawnan bermula menyebabkan hanya 5 overs sahaja dimainkan pada peringkat semi final
Lanjutan daripada itu,
hanya 15 overs ditetapkan pada perlawanan akhir. Kluang yang menjadi seteru Batu Pahat adalah pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan kriket pada tahun ini. Namun ini tidak mengusarkan pasukan kriket Batu Pahat apabila berjaya mengekang kekentalan daerah Kluang. Perlawanan berlarutan sehingga overs terakhir dan ‘ball’ terakhir (last overs ; last ball). Kluang hanya perlu memperolehi 6 larian untuk menjadi johan pada pukulan terakhir atau 4 larian untuk menyamakan kedudukan untuk menjadi johan bersama. Namun kekentalan pertahanan luar boundry telah berjaya menyelamatkan pukulan pemain Kluang apabila bola tersebut ditangkap kemas betul-betul di garisan boundry menyebabkan Kluang tidak berjaya memintas Batu Pahat dan keputusan berakhir dengan 123 larian berbalas 119.

          Sementara itu, tempat ke-3 dimenangi oleh Johor Baharu dan manakal tempat keempat dirangkul oleh Segamat. Kejayaan pasukan kriket Batu Pahat yang diwakili oleh 5 orang pelajar SMK Semerah telah membuka langkah agar pembangunan sukan kriket terus aktif dan berjalan lancar. Setiap tahun ada pelajar Semerah yang berjaya ke pertandingan peringkat negeri. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Selamat maju jaya team kriket Semerah.
Pasukan Kriket SMK Semerah : Merangkul tempat ke-3 MSSD Batu Pahat






No comments:

Post a Comment