05 July, 2010

STREET SCOCER SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN


Hari Keusahawanan SMK Semerah telah diadakan pada 1 Julai 2010. Aktiviti tahunan ini amat dinantikan oleh warga sekolah dan masyarakat setempat. Antara objektifnya ialah mengasuh para pelajar untuk menjadi usahawan di samping mencari dana untuk sekolah dan PIBG. Lebih kurang 30 gerai menjual beraneka makanan, minuman, hasil kampung dan permainan.
Antara permainan yang diadakan ialah street scocer yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak. 30 team bertanding yang dijalankan secara kalah mati. Menurut guru penasihat kelab, En Noimpendi Abu Bakar, pertandingan ini untuk mencungkil bakat di kalangan para pelajar di samping mengumpul dana kelab. Ini adalah aktiviti pertama dan akan disusuli dengan pertandingan futsal yang bakal diadakan pada akhir bulan Julai. Pertandingan tersebut diadili oleh En Mohd Hafiz Mohd Zaid yang juga guru penasihat kelab.
Juara untuk kategori menengah rendah dimenangi oleh team 3 Ros manakal team 4 Seroja mengungguli kategori menengah atas.Unit Sukan mengharapkan aktiviti tersebut berjaya dalam mencapai objektifnya dan percaya pencapaian bola sepak sekolah akan meningkat pada tahun-tahun mendatang.

04 July, 2010

PIALA DUNIA SEMAKIN KE PUNCAKNYA




Afrika Selatan, 5 Julai. Kini hanya Belanda, German, Sepanyol dan Uruguay sahaja yang masih berjuang untuk merebut piala keagungan bola sepak. Pasukan favorite Brazil dan Argentina yang diramal-ramal akan ke final akhirnya kencundang di suku akhir. Brazil tewas ditaji Belanda 1-2. Aksi Kaka dan Robinho layu di tengah padang. Aksi mantap pemain Belanda meneggelamkan reputasi hebat Brazil. Argentina pula meratap kesedihan apabila diratah 4-0 di oleh skuad muda Jerman. Jurulatih Argentina, lagenda Maradona terpaksa menelan keceluparannya apabila sering menyindir skuad Jerman. Kekalahan memalukan Argentina ini juga menyebabkan bintangnya Messi menangis apabila penambilannya tahun ini tidak menghasilkan jaringan gol. Aksi Terves pula gagal menyerlahkan kehebatannya seperti mana yang dipamerkan ketika aksi dalam kumpulan serta pusingan kedua.
Kini Belanda mencongak untuk melawan sama ada musuh Jerman atau Sepanyol. Mari kita tengok, siapakah yang akan ke final !

14 June, 2010

DEMAM BOLA SEPAK MEWARNAI PLANET BUMI


Demam bola sepak kembali mewarnai Planet Bumi.."Selamat datang ke Afrika Selatan". Ramailah yang berjaga pada waktu malam. 32 buah negara bersaing untuk merebut siapakah jaguh dunia bola sepak. Kejohanan yang diideakan oleh Jules Rumet kini pertama kali dijalankan di benua Afrika. Hanya 7 negara yang pernah menjuarainya iaitu Brazil (5), Itali (4), Uruguay dan Argentina (2), Jerman (2), England dan
Peranchis (1). Ada beberapa negara beberapa kali gagal dalam misi di final seperti Belanda (1966 dan 1970). Lagenda bola sepak juga mencipta nama semasa Piala Dunia seperti Pele (3 kali memenangi Piala Dunia) dan Maradona (1986). Lain-lain yang mewarnai arena Piala Dunia seperti Johan Cruyff, Zidine, Ronaldo (Brazil), pemegang rekod penjaring terbanyak, 15 gol. Tahun 2010 siapa tahu Messi atau Rooney akan memenangi Kasut Emas? Pemain paling tua bermain seperti Roger Muller (Cameroon), berumur 48 tahun manakala pemain paling muda bermain ialah Pele. Semoga Piala Dunia akan menyatukan penduduk dunia dan menghapuskan perkauman dalam kancah bola sepak di samping kita menyaksikan aksi-aksi menarik dan unik ketika berlangsungnya kejohanan ini. Siapakah juaranya? Adakah negara yang pernah menggulang Piala Dunia sekali lagi memenanginya? Mungkinkan jangkaan sebahagian besar tokoh sukan bahawa Sepanyol bakal menjadi johan edisi 2010 ini. Mari kita lihat. Tunggu !!!

23 May, 2010

JAGUH DALAM PEMBIKINAN

Putrajaya, 16 Mei 2010. Sempena Hari Belia Negara, 2 orang pelajar SMK Semerah iaitu Mohd Azwan Mesni dan Mohd Sobri Azwan Azizi  dengan diiringi oleh En Azhar Ghafar telah menyertai 5th Malaysia International Ekiden Run 2010 Relay Marathon di Putrajaya. Mereka telah mendapat tempat ke-15 daripada lebih 300 peserta. Tahniah kepada mereka. Semoga kejayaan mereka akan menjadi pembakar semangat peningkatan sukan sekolah. Sebenarnya kita boleh! Semerah boleh! Merekalah jaguh dalam pembikinan. Siapa tahu suatu hari nanti mereka menjadi jaguh marathon negara!