Sempena bulan Ramadhan ini, Unit Sukan SMK Semerah berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Ibadah kepada semua guru, kaki tangan, para pelajar dan warga sekolah. Semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Ibadah yang dilakukan akan diterima oleh Allah dan menjadi bekalan kita suatu masa nanti. Juga ucapan selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada calon-calon PMR dan SPM. Moga bulan Ramadhan yang diberkati ini akan membantu para calon dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam peperiksaan.
19 August, 2010
06 August, 2010
SELAMAT DATANG KE SEMERAH
Julung-julung kalinya, Jambori Pengakap diadakan di padang SMK Semerah dari 6-8 Ogos 2010. Lebih 300 orang ahli pengakap dari seluruh Batu Pahat berkumpul dan berkhemah di sini. Yang menariknya jambori ini memperkenalkan idea mengelola-aturkan radio amatur. Justeru itu, jambori ini dinamakan Jamboree On The Air Asia Pasifik (JOTA). Unit Sukan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli pengakap yang hadir dan para tetamu ke SMK Semerah.
Persediaan awal diadakan oleh pihak Unit Sukan kerana banyak infrastruktur digunakan di sekitar padang dan Bilik Sukan. Mana-mana yang sudah rosak digantikan dengan yang baru. Kelab Sepak Takraw juga ada menjual makanan dan minuman untuk menambah tabung kelab. Bagus juga para ahli Kelab Sepak Takraw yang mengurus jualan gerai. Menurut gurunya En Hasbi, aktiviti ini selain untuk mengisi tabung, para ahli kelab dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan memupuk kerjasama dalam melakukan aktiviti keusahawanan.
Para ahli pengakap dapat menggunakan radio amatur dan berkomunikasi dengan rakan ahli di serata dunia khususnya di rantau Asia Pasifik. Bersemangat mereka. Tahniah kepada pengelola program. Tahun depan datanglah lagi.
29 July, 2010
FUTSAL : MENGORAK LANGKAH MENUJU KECEMERLANG BOLA SEPAK
Sabtu, 24 Julai 2010. Sebanyak 33 team telah mendaftar untuk Pertandingan Futsal Antara Kelas. Aktiviti ini adalah anjuran Kelab Bola Baling SMK Semerah. Penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan berbanding penyertaan pada tahun lepas. Penonton yang datang bukan sahaja para pelajar lelaki, pelajar perempuan juga sanggup berpanas memberi sokongan kepada kelas masing-masing. Kelihatan juga beberapa ibu bapa dan masyarakat setempat yang menonton.
Kebanyakan para pemain yang mewakili kelas masing-masing menjalani latihan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain. Ada yang menggunakan taktik 2-2 dan 4-0. Namun, banyak team yang merealisasikan taktik 3-1. Penyampaian pingat dan hadiah disampaikan semasa perhimpunan Isnin, 26 Julai 2010. Berikut adalah keputusan pertandingan.
Johan : 5 Melati
Naib Johan : Ora Keruan
Ketiga : Tegak FC
Keempat : AFC
Kategori Menengah Rendah
Johan : V6 FC
Naib Johan : 2 Seroja 1
Ketiga : 3H
Keempat : Fire FC
11 July, 2010
SEPANYOL JUARA BARU PIALA DUNIA 2010
Sepanyol menyerlahkan kecemerlangan dalam dunia bola sepak dengan mengungguli kejohanan paling berprestij, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dengan menewaskan
dalam perlawanan akhir. di Soccer Citu Stadium, Johannesburg. Skuad Belanda yang diletakkan sebagai underdog tunduk dengan gerakan cantik Sepanyol yang diterajui oleh Andres Iniesta dan Xavi Alonso serta serangan bertali arus David Villa dan Ramos. Manakala gerakan pantas Arjen Roben dan Van Persie disekat oleh benteng Spanyol yang diketuai oleh Puyol. Iker Casillas juga bertindak cemerlang menangkap kemas serangan padu Belanda.
Ternyata Sepanyol lebih banyak menguasai perlawanan. Permainan keras Belanda mengundang padah apabila John Hetinga dibuang padang pada separuh kedua dalam masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat masa permainan. Serangan balas Sepanyol pada minit ke-116 telah meranapkan impian Belanda untuk membayar hutang kegagalan dalam final 1974 dan 1978. Gerakan pantas disudahi oleh tendangan kencang Andres Iniesta menamatkan misi Belanda yang tidak pernah tewas dalam semua perlawanan sebelum ini. Sepanyol kini sebaris dengan negara pemenang Piala Dunia, Brazil, Jerman, Itali, Uruguay, Argentina, England dan Peranchis.
Sementara itu, pemain terbaik Bola Emas dianugerahkan kepada Deigo Forlan, (Uruguay.), Kasut Emas dimenangi oleh Thomas Mueller ( Jerman), Tangan Emas dirangkul oleh Iker Casillas (Sepanyol), Fairplay dimenangi oleh pasukan Sepanyol. Andres Iniesta juga memperoleh Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Thomas Mueller sekali lagi memenangi anugerah Pemain Muda Harapan.
Piala keagungan bola sepak akan berlangsung di Brazil pada tahun 2014. Jumpa di sana !
Subscribe to:
Posts (Atom)

