10 October, 2011

MARI TERUSKAN SENI BANGSA : SILAT GAYONG GERAK SERENTAK


Makin ramai anak bangsa Melayu yang melupakan seni mempertahankan diri. Silat adalah warisan tulen bangsa Melayu. Kewujudan bermula sejak sebelum pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Oleh itu, Unit Kokurikulum telah mengambil langkah untuk menggerakkan seni silat di SMK Semerah. Justeru itu pada 9 Oktober 2011, upacara suai kenal dijalankan antara pihak sekolah, para pelajar yang berminat dan Pertubuhan Silat Gayong Gerak Serentak Malaysia (PGSM). Pertubuhan ini dipilih kerana pertubuhan seni mempertahankan diri ini adalah antara yang aktif dan berdaftar dengan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan undang-undang pertubuhan (No Pendaftaran : 0546-98) serta sering memenangi pertandingan di peringkat daerah mahupun negeri.

01 October, 2011

SIRKIT SEPAK TAKRAW II


Sekali lagi SMK Semerah mencuba nasib untuk membaiki reputasi dalam sukan sepak takraw. Pada kali dalam siri kedua Sirkit Sepak Takraw II yang diadakan di SMK Datuk Sulaiman pada 27 September 2011.  Semerah yang hanya menampilkan  regu bawah 16 tahun sahaja masih gagal meraih kedudukan terbaik dengan mara ke peringkat suku akhir sahaja. Pada suku akhir. Semerah akur kepada kehebatan libasan SMK Dato' Onn, 12-21, 5-21. Moga sepak takraw SMK Semerah akan terus menyinar untuk tahun-tahun yang akan datang.

LAWATAN PENGHARGAAN


Lawatan Ke Majlis Sukan Negara (MSN)

Jasa dan sumbangan anda dihargai. Unit Sukan menganjurkan Lawatan Penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan. Lawatan yang diadakan pada 29 Sept hingga 1 Oktober 2011 ini diketuai oleh En Ismail bin Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Semerah dan 7 orang guru serta 32 orang pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam arena sukan permainan. 

21 September, 2011

PIALA WARISAN : MENARUH HARAPAN UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN


Adakah sesuatu keajaiban akan tercipta pada tahun ini. Kita saksikan ! Sekali lagi pesta permainan antara 5 buah sekolah di Parlimen Parit Sulong iaitu SMK Semerah, SMK Dato’ Onn, SMK Penghulu Saad, SMK Dato’ Sulaiman dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, akan berentap untuk menentukan siapakan sekolah yang paling unggul pada tahun 2011. Pesta permainan pada tahun ini akan diadakan pada 1 November 2011 di SMK Dato’ Onn.