![]() |
3 Melati : Johan Futsal |
Tamatnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bukanlah waktu untuk para pelajar Tingkatan Tiga untuk tidak hadir ke sekolah. Waktu persekolahan adalah seperti biasa cuma fokus dan pemberatan kepada pengajaran dalam kelas tidaklah seperti kebiasaan.
Sehubungan itu, seperti kelazimannya SMK Semerah mengelolakan sesi permainan sebagai alternatif kepada pengisian aktiviti bukan pengajaran. Pada mulanya beberapa permainan telah dicadangkan untuk sesi pagi sebelum rehat. Akhirnya, permainan futsal dicadangkan untuk perempuan dan bola sepak untuk pelajar lelaki.