11 March, 2013

PETANQUE MELAKAR SEJARAH TEMPAT KETIGA



SMK Semerah melakar sejarah apabila pertama kali menyertai Pertandingan Petanque Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Padang Petanque Taman Flora itu diketuai oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan En Rosli bin Ishak dengan peserta seramai 8 orang.
Walaupun pertama kali menyertai, Semerah membuat kejutan dengan menduduki tempat ke-3 bagi  kategori lelaki setelah menewaskan SMK Tun Ismail. Menurut En Ahmad Hamizan, kejayaan ini adalah di luar jangka kerana inilah pertama kali Semerah menyertainya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja utama sukan petanque iaitu Koperasi SMKSemerah.
Diharapkan tahun hadapan sekolah kita dapat menggapai sekali lagi untuk meraih kecemerlangan dalam sukan petanque ini. Menyemarakkan sukan petanque sebagai salah satu sukan berprestasi tinggi di SMKSemerah.

24 February, 2013

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA SEMERAH 2013


        Gelanggang Futsal SMK Semerah bergegar dengan suasana semangat kesukanan yang tinggi apabila dianjurkan Pertandingan Futsal Terbuka Semerah pada 23-24 Februari 2013. Pertandingan futsal ini dianjurkan oleh SMK Semerah dengan kerjasama JPMM Semerah dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Parit Sulong. 
        
Tema Futsal 'Harimau Selatan'. Dari kiri, Faiza, Halim, Hafiz, Aizat, Faizal dan Amir
        
       

21 February, 2013

PERTANDINGAN KRIKET 2013 : MENGEKALKAN KEJUARAAN

Team Kriket 2013

SMK Semerah juara bergaya dalam arena kriket setelah  berjaya mempertahankan kejuaraan bagi peringkat daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di padang SMK Dato’ Syed Esa telah dijalankan pada 20 – 21 Februari 2013.  Pasukan Semerah diterajui oleh En Hashim A, Ghani dan En Mohd Faiza Abd Rahman sebagai jurulatih manakala En Norzaihan Ahmadi dan En Abdul Halim Abdul Samad sebagai pengurus pasukan.
Pada tahun ini team Semerah yang diketuai oleh Alif Najmi bermula garang dengan membenam musuh tradisi SMK Dato’ Onn 22 – 21, menubangkan SMK Tinggi Batu Pahat 49-48 dan membelasah pendatang baru SM Sains Batu Pahat 28-27 larian.

17 February, 2013

SIRI PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Perlawanan persahabatan antara pasukan Semerah Bawah 15 Tahun menentang Damai FC di Padang Stadium Batu Pahat pada 11 Februari 2013

    SMK Semerah 1 - 4 Damai FC