Pasukan
SMK Semerah mencatat keputusan yang
sederhana apabila hanya berjaya memenangi 3 perlawanan, 1 seri dan 2 kekalahan
sekaligus tidak berjaya masuk ke pusingan suku akhir. Berbekalkan ramai bintang
team bawah 15 tahun namun tidak Berjaya mencatat kemenangan pada hari pertama
apabila tewas kepada SMK Tinggi Batu Pahat
1-2 dan tumpas kepada SMK Dato’ Bentara Luar 0-1. Oleh itu, Semerah
mesti menang semua baki perlawanan untuk merebut satu tempat ke suku akhir.
25 March, 2013
PERTANDINGAN MERENTAS DESA
Panglima membuat kejutan
apabila menjadi johan Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2013. Johan tahun lepas, Laksamana tenggelam dengan hanya menduduki
tempat keempat. Aktiviti pertama ialah warming-up yang diketuai oleh En
Azrizal Aizat dengan diiringi
oleh guru-guru dan diikuti oleh para pelajar.
12 March, 2013
KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
3 EMAS, 3 PERAK, 4 GANGSA
![]() |
| Para penyumbang pingat bersama Tn Hj Adam Abu, Pengetua SMK Semerah, En Azhar Ghafar (Ketua Jurulatih) dan En Ismail Jais (GPKokurikulum) |
PERAK : NURUL SYAZA (REJAM LEMBING), TAN PIE JIA (1500M), NURHAFIZAH (3000M)
GANGSA : NORFADILA (PENTATHON), TAN PIE JIA (LOMPAT TINGGI), MIRZA (JALAN KAKI), NASARULAQ (3000M)
11 March, 2013
PETANQUE MELAKAR SEJARAH TEMPAT KETIGA
SMK Semerah melakar sejarah apabila pertama kali
menyertai Pertandingan Petanque Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan
di Padang Petanque Taman Flora itu diketuai oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir
dan En Rosli bin Ishak dengan peserta seramai 8 orang.
Walaupun
pertama kali menyertai, Semerah membuat kejutan dengan menduduki tempat ke-3
bagi kategori lelaki setelah menewaskan SMK Tun
Ismail. Menurut En Ahmad Hamizan, kejayaan ini adalah di luar jangka kerana
inilah pertama kali Semerah menyertainya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja utama sukan petanque
iaitu Koperasi SMKSemerah.
Diharapkan tahun hadapan sekolah kita dapat menggapai sekali
lagi untuk meraih kecemerlangan dalam sukan petanque ini. Menyemarakkan sukan petanque sebagai salah satu sukan berprestasi tinggi di SMKSemerah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

