11 April, 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN


Berbekalkan kejayaan menduduki tempat ke-3 pada tahun 2012, SMK Semerah menyasarkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini. Team bola sepak bawah 15 tahun ini dipimpin oleh En Hashim bin A. Ghani dan En Mohd Faiza bin Abd Rahman sebagai pengurus manakala En Abdul Halim bin Abdul Samad dan En Mohd Hafiz bin Mohd Zaid selaku jurulatih serta dibantu oleh En Ismail bin Jais (GPK Kokurikulum).
Dengan azam yang tinggi dan taktik 4-4-2, pasukan  Semerah tersentak dengan kecundang kepada SMK Tunku Putra 1-5. Namun bangkit memenangi perlawanan kedua menentang SMK Tunku Mahmood Iskandar 1-0.

06 April, 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN


Pasukan SMK Semerah mencatat keputusan yang sederhana apabila hanya berjaya memenangi 3 perlawanan, 1 seri dan 2 kekalahan sekaligus tidak berjaya masuk ke pusingan suku akhir. Berbekalkan ramai bintang team bawah 15 tahun namun tidak Berjaya mencatat kemenangan pada hari pertama apabila tewas kepada SMK Tinggi Batu Pahat 1-2 dan tumpas kepada SMK Dato’ Bentara Luar 0-1. Oleh itu, Semerah mesti menang semua baki perlawanan untuk merebut satu tempat ke suku akhir.

25 March, 2013

PERTANDINGAN MERENTAS DESA


Panglima membuat kejutan apabila menjadi johan Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2013. Johan tahun lepas, Laksamana tenggelam dengan hanya menduduki tempat keempat. Aktiviti pertama ialah warming-up yang diketuai oleh En Azrizal Aizat dengan diiringi oleh guru-guru dan diikuti oleh para pelajar.  


Rumah Panglima menjadi johan Merentas Desa bagi tahun 2013

12 March, 2013

KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN

SEMERAH  MERANGKUL  
3 EMAS,  3  PERAK,  4  GANGSA 
 KEDUDUKAN KE-10 
Para penyumbang pingat bersama Tn Hj Adam Abu, Pengetua SMK Semerah,  En Azhar Ghafar (Ketua Jurulatih)
dan En Ismail Jais (GPKokurikulum)
EMAS         : MOHD SOBRI (1500M), IBRAHIM HAMID (HEPTATLON), SAIDATUL FATIHAH    (LONTAR PELURU)
PERAK       : NURUL SYAZA (REJAM LEMBING), TAN PIE JIA (1500M), NURHAFIZAH (3000M)
GANGSA    : NORFADILA (PENTATHON), TAN PIE JIA (LOMPAT TINGGI), MIRZA  (JALAN KAKI), NASARULAQ (3000M)
TERUSKAN  KECEMERLANGAN 


Barisan Jurulatih. Dari kiri En Halim, En Hafiz, En Hasbi, En Azhar dan En Aizat Azrizal.