23 March, 2020

SEMERAH TETAP MENYERLAH DI PERSADA

         


  
Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat, Semerah. Pertandingan yang diadakan di SMK Datuk Menteri ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. 
           Pasukan Semerah memulakan langkah dengan menang mudah dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan SMK Yong Peng, SMK Tun Ismail dan SMK Seri Medan. Pada tahun ini, Nur Ashikin Shahrul bertindak selaku kapten dengan barisan jurulatih yang dipimpin oleh Tn Hj Hashim bersama Coach Musa, En Ahmad Hamizan, Cik Hasralda dan En Iddi Muhaimin serta dibantu oleh Pn Aryanti, Pn Hafizah dan Pn Noor Suhaidah
     Berlatih sejak cuti hujung persekolahan 2019 dengan misi mengekalkan kejuaraan.  Glove baru untuk semua pemain dan 2 bat baru pada tahun ini memberikan semangat luar biasa kepada para pemain.
          Beberapa siri perlawanan persahabatan

11 August, 2019

PUTERI SOFBOL SEMERAH CEMERLANG DI MSSM : BANTU JDT RANGKUL NAIB JUARA

          
         Johor Darul Takzim (JDT) rebah di pentas final Perempuan 18 Tahun buat kali ketiga kalinya dalam Kejohanan Sofbol MSSM. Kejohanan yang diadakan di Perlis pada 3-7 Julai 2019 ini menyaksikan JDT cuba untuk mengulangi pencapaian juara keseluruhan pada tahun 2017.
Dalam edisi kali ini, 2 pemain dari SMK Semerah iaitu ikon sukan Aisyah Adila bt Sabiran dan Nur Ashikin bt Sahrul telah mewakili team P18 JDTHarimau Selatan bermula garang apabila membenam Negeri Sembilan 4-0  dan membelasah Pulau Pinang 20-0. Seterusnya JDT beraksi di suku akhir dengan menumbangkan Kedah 13-0.  Pada peringkat separuh akhir, JDT mengejutkan Perak 8-2 untuk mengulangi pertemuan final tahun lepas menentang juara bertahan Selangor.
Dalam final P18, JDT tergamam dengan serangan mengejut

22 July, 2019

FLOORBALL PAMER AKSI CEMERLANG : TEMPAT KE-3 KEBANGSAAN


             Permainan floorball semakin diminati. SMK Semerah menyelusuri arus perkembangan semasa dengan menubuhkan pasukan floorball. Sekiranya tahun lepas, pasukan floorball Semerah sekadar menduduki tempat ke-3 peringkat negeri, tahun ini Semerah menyertai gerbang floorball kebangsaan apabila menyertai Kejohanan Floorball Kebangsaan pada 19-21 Julai 2019 yang diadakan di Seri Gading, Batu Pahat, Johor.
          Latihan setiap petang selama 2 bulan membuahkan hasil apabila mengungguli tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. Pasukan floorball Semerah diketuai oleh Coach Azhar Abd Ghaffar dengan dibantu oleh Pn Mazlayena, Pn Norsaedah dan Pn Norashikin menggunakan kemudahan Dewan Seri Semarak untuk latihan intensif.

25 April, 2019

SOFBOL SEMERAH KEMBALI MENYERLAH DI PERSADA

          
Setelah 2 tahun menduduki tempat ke-3, pasukan perempuan sofbol SMK Semerah kembali mengungguli pentas final pada tahun ini 2019 apabila membenam Kolej Vokasional Batu Pahat 16-0. Ini adalah pencapaian johan buat kali ketiga dalam masa 5 tahun selepas merangkul johan berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016. Pertandingan yang diadakan pada 22-24 April 2019 di Kolej Vokasional Batu Pahat melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.
          Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim sebagai Ketua Jurulatih dengan dibantu oleh En Hilmi Hafiz (fitness coach) dan En Iddi Muhaimin (bating coach) serta diperkuat oleh En Musa (fielding coach) dan En Johari Andasir (pitcher coach) manakala En Ahmad Hamizan dan Cik Hasralda membantu hal pengurusan, logistik dan kebajikan team.
Team Semerah bermula garang apabila membelasah SMK Dato’ Seth 17-0, seterusnya menewaskan SMK Yong Peng 16-0. Kemaraan Semerah tidak berjaya disekat  oleh Kolej Vokasional apabila menang18 larian berbalas 3 seterusnya menjuarai Kumpulan F.
         
Dalam pada itu, undian yang tidak menyebelahi Semerah apabila diundi bersama finalis 2018, SMK (P) Temenggung Ibrahim (TIGS) dan pasukan yang sedang meningkat naik iaitu SMK Seri Medan. Sungguhpun demikian, Semerah tidak gentar apabila menang tipis ke atas TIGS dalam aksi yang mendebarkan. Inilah final yang sebenarnya ! Buku bertemu ruas. Pada perlawanan yang mendebarkan itu, Rabiatun memperolehi larian untuk menyamakan 1-1 sehingga inning ke-3. Namun pada inning ke-4, Semerah memperolehi 2 larian menerusi Aisyah Adibah yang menggantikan Elmy Nuraini dan Nurul Syazwani yang berjaya memukul bola sehingga ke padang luar (out field).