24 August, 2011

SALAM MERDEKA RAYA ; ﺳﻼﻡ ﻣرﺪ ﻴﻜﺎ راي


 Hari raya bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Kesempatan ini, Unit Sukan SMK Semerah. berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMK Semerah. Moga ibadah semasa bulan Ramadan akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kini tibalah kita meraikan kegembiraan dengan mengucapkan salam Aidil Fitri sesama rakan-rakan dan seterusnya bermaaf-maafan. Sekali lagi, Unit Sukan mengucapkan         ﻫﺍري   رﺍي   عيديلفيرتري   ﺴﻼﻤﺕ  ; Maaf Zahir dan Batin.
Tidak lupa juga, kita juga akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2011. Di samping menjamu kuih-muih, kibarkanlah bendera Jalur Gemilang tanda kesetiaan kita sebagai warga negara yang merasai nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan seperti  Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya serta pasukan keselamatan. Tanpa mereka, kita tidak akan merasai kemeriahan hari raya dengan suasana aman dan tenteram. Salam Merdeka Raya dari Unit Sukan SMK Semerah.

       

26 July, 2011

SIRKIT SEPAK TAKRAW : MENARUH HARAPAN DALAM PENDEDAHAN


Sirkit Sepak Takraw bermula lagi. SMK Tun Sardon menjadi gelanggang pertandingan sepak takraw untuk kategori bawah 14 dan 16 tahun. SMK Semerah menghantar 2 regu dalam misi menangi satu perlawanan atau menangi satu set dalam setiap perlawanan. Guru pengiring dan fasilitator pada kali ini ialah En Hasbi bin Mohd Nor dan En Hashim bin A. Ghani.
Latihan persiapan dijalankan selama seminggu untuk memantapkan kemahiran dan kawalan bola. Menurut En Hasbi, “pertandingan ini adalah percubaan untuk membentuk skuad yang mantap pada tahun depan.

18 July, 2011

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


Rumah Sukan Nakhoda, Naib Johan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-38
Tahniah kepada rumah sukan Laksamana yang berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah buat kali ketiga berturut-turut.  Buat kali pertama kejohanan olahraga tahunan dirasmikan oleh orang politik iaitu Yang Berhormat Datuk Ariss Samsudin, ADUN Semerah. Perasmian ini membuahkan hasil sampingan apabila beliau berjanji untuk membaiki gelanggang serbaguna. Harapan Unit Sukan agar pihak sekolah akan menjemput orang politik dalam perasmian untuk mengisi dana bagi keperluan sukan dan mengurus infrastruktur sukan di SMK Semerah.

13 July, 2011

NAKHODA TERKILAN, LAKSAMANA TERUS CEMERLANG



Setelah 3 hari bertanding dalam Sukan Kecil, seolah-olah gengaman Piala Pusingan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah akan kekal di tangan Nakhoda. Namun, Nakhoda tidak kesampaian rupanya.
Rumah Laksamana : Mengekalkan kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan
Walaupun hujan turun, acara tetap diteruskan. Kejar mengejar mata dan pingat antara Laksamana dan Nakhoda berlangsung hingga ke acara-acara akhir, 4 X 100 meter. Malah Syahbandar juga tidak kurang hebatnya untuk mencuri mata dalam babak-babak akhir acara. Persaingan sengit akhirnya menyaksikan Laksamana berjaya memotong Nakhoda pada saat-saat akhir. Syahbandar yang satu ketika menduduki tempat ke-5 dalam Sukan Kecil, telah memintas Panglima dan Bendahara untuk menduduki tempat ke-3. Bendahara pula kekal di tempat keempat meninggalkan Panglima yang rebah pada kedudukan kelima walaupun satu ketika menduduki tempat ketiga. Sementara itu, rumah Temenggung yang berjaya menguasai Sukantara terus tenggelam dan tersungkur di tempat terakhir.
Berikut adalah keputusan pingat dan mata :-

R U M AH
PINGAT
JUMLAH
KEDUDUKAN
S U K A N
EMAS
PERAK
GANGSA
MATA
LAKSAMANA
16
12
12
252
1
BENDAHARA
6
13
9
172
4
NAKHODA
19
11
13
245
2
PANGLIMA
10
6
15
169
5
SYAHBANDAR
9
13
8
178
3
TEMENGGUNG
4
5
6
94
6

            Dengan itu Laksamana mengekalkan kejuaraan