18 July, 2011

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


Rumah Sukan Nakhoda, Naib Johan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-38
Tahniah kepada rumah sukan Laksamana yang berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah buat kali ketiga berturut-turut.  Buat kali pertama kejohanan olahraga tahunan dirasmikan oleh orang politik iaitu Yang Berhormat Datuk Ariss Samsudin, ADUN Semerah. Perasmian ini membuahkan hasil sampingan apabila beliau berjanji untuk membaiki gelanggang serbaguna. Harapan Unit Sukan agar pihak sekolah akan menjemput orang politik dalam perasmian untuk mengisi dana bagi keperluan sukan dan mengurus infrastruktur sukan di SMK Semerah.
Perasmian pada kali ini tidak diiringi oleh paluan kompang. Unit Sukan mengharapkan agar pada tahun-tahun acara sebegini mesti ada paluan kompang untuk menyambut VIP. Kemeriahan perbarisan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana kejohanan diadakan pada bulan Julai, jauh menyimpang dari kelaziman. Lazimnya acara olahraga diadakan pada awal tahun. Justeru itu, untuk mengurangkan beban pengurusan kontijen, pada tahun 2011 ini, perbarisan hanya disertai oleh rumah sukan sahaja. Tetap ada kemeriahan namun tidak semeriah dulu. Oleh itu, dicadangkan agar sukan olahraga kembali dijalankan pada awal tahun. Pasti ada kemeriahan dan kemenjadian !
Kejohanan olahraga meliputi acara awal (Sukan Kecil). Sukan Kecil dijalankan selama 3 hari (6,7 dan 10 Julai). Pertandingan yang diadakan pada sesi petang ini agak kurang memberangsangkan dari segi kehadiran para pelajar. Kelihatan hanya pelajar yang menyertai acara dan membantu guru-guru rumah sukan sahaja yang turun padang. Ini mengurangkan kemeriahan dan kemenjadian pertandingan.
Unit Sukan mencadangkan agar pertandingan Sukan Kecil dijalankan pada sesi pagi agar proses kemenjadian dan kemeriah akan terserlah., Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) tidak berlaku seperti di kelas, namun kita jangan sempitkan konsep p&p, kerana p&p tetap berlaku iaitu proses mencungkil dan mengembangkan potensi individu dari segi jasmani dan rohani. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Bersukan akan mencergaskan fizikal. Bersukan melahirkan bibit-bibit emosi yang baik. Lantaran itu, ia akan membantu pembentukan intelek para pelajar. Maka aktiviti sukan yang dianjurkan adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

No comments:

Post a Comment