10 October, 2012

SIRI SUKAN PERMAINAN1 : KEMAHIRAN DALAM BOLA BALING


          Bola baling (handball) adalah permainan yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk mencapai sasaran kemenangan dan permainan yang cantik dan menarik. Berikut adalah beberapa kemahiran dalam bola baling.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1.    Berlari
2.    Melompat
3.    Hantaran bola
4.    Menyambut bola
5.    Mengelecek bola dengan tangan
6.    Mengacah
7.    Mengadang
8.    Menjaring
9.    Menjaga gol

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

            Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam permainan bola baling. Kemahiran permainan ini menyerupai cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a)    Hantaran aras dada
b)    Hantaran bahu
c)    Hantaran lantun
d)    Hantaran lompat
e)    Hantaran sisi

HANTARAN ARAS DADA
            Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
Hantaran aras dada


HANTARAN BAHU
           Cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh dan serangan balas secara mengejut (counter-attack). Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
Hantaran bahu

07 October, 2012

TEKNIK FUTSALTAKTIK DAN POLA PERMAINAN FUTSAL


Teknik dan Pola Permainan.
Jumlah pemain futsal boleh dilakukan 5 atau 6 orang termasuk penjaga gol.  Posisi pemain bergantung kepada kemahiran, watak dan gaya permainan. Berikut adalah posisi yang boleh digunakan sebagai berikut.
1. Pola 1-2-1-2
Untuk pola ini 1 orang penjaga gol, 2 orang bek kiri dan kanan, 1 midfield dan 2 striker kiri dan kanan.

25 September, 2012

GELANGGANG FUTSAL SEMERAH SUDAH BOLEH DIGUNAKAN

Guru-guru SMK Semerah sedang bermain futsal pada sesi malam

               Gelanggang futsal SMK Semerah telah siap sepenuhnya dan para pelajar dan masyarakat setempat boleh menggunakan prasarana tersebut mulai 24 September 2012.   Sesi pagi, gelanggang akan digunakan untuk pengajaran PJK. Pada sebelah petang, gelanggang futsal boleh digunakan  secara percuma kepada orang awam. Tempahan  penggunaan boleh dibuat kepada En Sohari bin Rosland (hp:012980891) dan Cikgu Mohd Hafiz bin Mohd Zaid  (hp:0129517847). Bayaran RM20 dikenakan setiap sejam penggunaaan     Pihak sekolah mengharapkan para pengguna gelanggang futsal akan menjaga infrastruktur tersebut sebaik mungkin. Adalah diharapkan arena bola sepak akan kembali gemilang pada tahun-tahun akan datang.                                                                                                             

23 September, 2012

LARIAN EKSPLORASI RIMBA HUTAN LIPUR SOGA

Para peserta Larian  Eksplorasi Rimba : Dari kiri atas, Mohd Solihin Husain dan Ibrahim Hamid. Dari kiri bawah, Nurhafizah Zakaria dan Nabilah Ishak.

          Seramai 4 orang pelajar telah mewakili SMK Semerah dalam Pertandingan Eksplorasi Rimba yang dijalankan di sekitar Hutan Lipur Taman Soga pada 22 September 2012.  Para peserta  diiringi oleh En Hashim A. Ghani dan En Abdul Azhar Ghafar. Inilah julung kalinya JKD PJK melaksanakan program penerokaan alam sekitar melalui gerak kerja luar bilik darjah.
          Antara acara yang dipertandingkan semasa larian dijalankan ialah menimbang bola takraw pada stesen 1, kuiz minda pada stesen 2, memanjat tali pada stesen 3 dan rawatan kecemasan pada stesen 4.  Namun para peserta SMK Semerah hanya mendapat tempat ke-12. Apa pun tahniah kepada mereka kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Penyampaian hadiah dan penutupan dilakukan oleh Tn Hj Abu Bakar Sidek, Pengetua SMK Dato' Bentara Luar.
          InsyaAllah,kita akan cuba pada pertandingan akan datang.