08 March, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-36

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-36 telah diadakan pada hari Khamis, 19 Februari 2009. Acara-acara awal (Sukan Kecil) dalam Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini telah pada 13-14 Februari 2009. Kejohanan ini dirasmikan oleh Datuk Hj Masri bin Sareani, YDP PIBG SMK Semerah.
Pada peringkat awal, rumah Aminuddin Baki mendahului pungutan mata setelah menjuarai Sukantara dan menguasai banyak acara pada Sukan Kecil. Namun rumah Hamdan Tahir sentiasa mengekori rapat pungutan mata KOT. Ungku Omar dan Zaaba juga bertungkus-lumus menyaingi Aminuddik Baki dan Hamdan Tahir.
Persiapan hebat dilakukan sehari sebelum KOT dengan upacara raptai yang diketuai oleh En Yusof bin Abu Bakar dan En Hasbi bin Mohd Nor. Semua kontijen rumah dan pakaian seragam termasuk Lembaga Pengawas telah menunjukkan kekreatifan dalam acara perbarisan. Akhirnya rumah Hamdan Tahir sekali lagi menjuarai Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36. Aminuddin Baki terpaksa menerima kedudukan tempat kedua (naib johan), Ungku Omar menduduki tempat ketiga dan Zaaba masih di kedudukan tempat keempat. Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh PBSM dan rumah Merah memenangi acara perbarisan rumah sukan.
Sementara itu, Olahragawan LC dimenangi oleh Ibrahim bin Hamid (3 emas dengan 1 rekod baru 100 meter), Olahragawan LB dimenangi oleh Ahmad Shafiq bin Sapari (2 emas dengan 1 rekod baru lempar cakera), Olahragawan LA diperolehi olah Mohd Nastaain bin Samadi (2 emas dan 1 gangsa) dan Olahragawan LK diungguli oleh Mohd Saifullah bin Mohd Don (1 emas dan 1 perak).
Olahragawati PC dimenangi oleh Siti Kamisah bt Muniran (2 emas), Nur Hidayah bt Abd Hamid memenangi Olahragawati PB (3 emas dengan 2 rekod baru 100 meter dan 200 meter), Nur Suria bt Rahim pula memenangi Olahragawati PA (1 emas dengan rekod baru acara 200 meter dan 1 gangsa) dan Siti Rohana Ayob mengungguli Olahragawati PK (1 emas dan 1 perak).
Oleh itu, Olahragawan Lelaki Terbaik dimenangi oleh Ibrahim bin Abd Hamid dan Olahragawati Perempuan Terbaik dimenangi oleh Nur Hidayah bt Abd Hamid. Juara mengikut kategori pula
LK (Aminuddin Baki), LA (Hamdan Tahir), LB (Aminuddin Baki) dan LC (Hamdan Tahir) ; PK (Hamdan Tahir), PA (Ungku Omar), PB (Hamdan Tahir) dan PC (Hamdan Tahir).
Acara tarik tali dimenangi oleh Zaaba dan acara guru-guru dimenangi oleh rumah Hamdan Tahir. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan KOT pada tahun ini. Jumpa lagi pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment