27 July, 2009

LIBASAN PARI SEMERAH MENGGERUNKAN SERVIS KUDA PEKAN BARU




Pada Sabtu, 24 Julai 2009, Kelab Sepak Takraw SMK Semerah telah mengadakan perlawanan persahabatan antara team SMK Semerah menentang jiran tetangga SMK Pekan Baru. Aktiviti ini bermatlamatkan untuk memantapkan regu kedua-dua buah sekolah dan memenuhi aktiviti kelab.
Berformatkan perlawanan antara 3 regu, kedua-dua pihak saling libas-melibas untuk memenangi perlawanan. SMK Pekan Baru telah menampakkan peningkatan dengan tekongnya menggunakan servis kuda. Walaupun tidak berapa kemas namun ianya cukup menggerunkan pihak tuan rumah. Namun demikian, regu SMK Semerah tidak kurang hebatnya kerana regu SMK Semerah lebih memberikan fokus kepada killer (perejam) berbanding servis. Akhirnya regu SMK Semerah menang 2-1 ke atas regu SMK Pekan Baru.
Tahniah kepada kesemua regu yang berlawan. Anda semua memang ada kesungguhan untuk meningkatkan mutu permainan, teruskan. Juga sekalung penghargaan kepada guru penasihat, En Roslan Mohamad dan En Hasbi Mohd Nor yang merancang perlawanan persahabatan ini. Terima kasih kepada para penyokong SMK Semerah dan SMK Pekan Baru yang hadir pada petang tersebut.
Tingkatkan usaha dan marilah bersama-sama mengembalikan maruah kita dalam sepak takraw.





No comments:

Post a Comment