20 July, 2009

BOLING MSKPP BATU PAHAT : SEMERAH MANTAP DAN UNGGUL


Sabtu, 18 Julai 2009. Kelab Guru dan Kakitangan SMK Semerah telah menghantar pasukan boling ke Pertandingan Boling MSKPP Daerah Batu Pahat 2009 yang diadakan di Pacific Bowl, BP Mall. Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Munsyi Sulaiman.
Pasukan boling ini diketuai oleh En Hashim dan Cik Nur Aishah sebagai pengurus pasukan dan Pn Fadzilah dan Cik Koh Siu Teen sebagai jurulatih. Tiga orang pemain lelaki ialah En Amir Hamzah, En Hafiz dan En Azhar sementara 3 orang pemain perempuan iaitu Pn Zamilah, Cik Noor Nazira dan Cik Siti Meriam. Jersi baru team boling menyerlahkan komited para pemain untuk melakar sejarah menduduki 2 tempat terbaik setiap kategori.
Setelah menjalani beberapa sesi latihan intensif, wakil SMK Semerah telah memenangi 3 kedudukan dalam kategori perempuan. Cik Noor Nazira menduduki tempat ke-16, Cik Siti Meriam pula menggondol tempat ke-8 dan Pn Zamilah mengungguli kedudukan tempat pertama. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tewas, cuba lagi tahun hadapan. Unit Sukan percaya dengan semangat juang yang tinggi dan komitmen berterusan, tahun hadapan kita akan terus mempertahankan kejuaraan dan meningkatkan pencapaian bagi kategori lelaki. Teruskan usaha.

No comments:

Post a Comment