30 March, 2009

PERTANDINGAN KRIKET L18 TAHUN DAERAH BATU PAHAT 2009


SMK SEMERAH (A) SMK SEMERAH (B)


SMK TUN ISMAIL SMK DATO' ONN

SMK DATO' SYED ESA SMK SERI MEDAN

Semerah, 28 Mac 2009. Tahun ini SMK Semerah mengelolakan Pertandingan Kriket Lelaki Bawah 18 Tahun pada 26 & 27 Mac 2009. Lima buah sekolah telah menyertai pertandingan ini iaitu SMK Seri Medan, SMK Dato' Onn, SMK Dato' Syed Esa, SMK Tun Ismail dan SMK Semerah yang menghantar 2 team.
Sekali lagi juara bertahan, SMK Dato' Onn menjuarai pertandingan tersebut. SMK Tun Ismail pula menjadi naib johan, tuan rumah SMK Semerah mengungguli tempat ketiga manakala SMK Dato'Syed Esa menduduki tempat keempat.
Pingat dan sijil disempurnakan oleh En Radzali bin Ahmad, GPK 1 SMK Semerah. Unit Sukan SMK Semerah mengucapkan tahniah kepada jurulatih En AzharAbd Ghafar dan En Hashim A Ghani serta pengurus SMK Semerah En Mohd Faiza Abd Rahman dan En Hafiz Mohd Zaid kerana berperanan aktif dalam membantu pasukan SMK Semerah mengungguli tempat ketiga. Walaupun tidak mencapai sasaran final, namun para pemain berbakat besar keran hampir sebahagian besar adalah para pelajar Tingkatan Dua.
Juga terima kasih kepada AJK Pengelola yang membantu kelancaran pertandingan, serta pihak-pihak terbabit menjayakan pertandingan tersebut sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

11 March, 2009

KONTIJEN OLAHRAGA SMK SEMERAH





Fight Till End ; Never Surrender. Begitulah cogan kata kontijen olahraga SMK Semerah dalam Kejohanan Olahraga MSSMNJ Daerah Batu Pahat Kali Ke-42 yang diadakan pada 3-6 Mac 2009 di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
Kontijen pada tahun ini diketuai oleh En Tumian b. Jasman dan diurus-selia oleh Noimpendi b. Abu Bakar (pengurus), kejurulatihan dikoordinasi oleh En Hashim b. A. Ghani dan En Azhar b. Ghaffar dengan dibantu oleh Pn Zamilah bt Ekhwan, Cik Nornida bt Sapuan, En Hasbi b. Mohd Nor, En Abd Halim b. Abd Samad dan En Roslan b. Mohammad yang membantu aspek kejurulatihan (trek dan balapan) serta dibantu oleh Cik Norul Rafidah bt Redzuan, Cik Diyana Dalila bt Zulkifli, En Hafiz b. Md Zaid dan En Yusof b. Sarmaet. Sementara itu, Pn Nor Aisyah bt Abu Samah pula mengetuai perbarisan SMK Semerah yang dibarisi oleh 35 orang pelajar.
Pada tahun ini sejumlah 28 orang atlet yang diketuai oleh Saudara Zaidi bin Marbon dan Saudari Rohana bt Ayob telah memikul tanggungjawab membawa obor perjuangan seluruh warga SMK Semerah dalam kejohanan tersebut.
Berkat kesungguhan para atlet dan jurulatih-jurulatih, maka SMK Semerah telah merangkul 3 emas, 4 perak dan 3 gangsa dan menduduki tempat ke-11 keseluruhan. Juga memenangi Johan Kategori L20 dan memperbaharui 3 rekod baru kejohanan daripada 9 rekod yang dipecahkan pada tahun ini.
Antara atlet yang memenangi pingat ialah Zaidi b. Marbon (emas lompat jauh L20-rekod baru), Saifullah b. Md Don (emas 100m L20-rekod baru) dan Nur Hafizah bt Zakaria (1500m P13-rekod baru). Pingat perak diperolehi melalui Ibrahim b. Abd Hamid (200m L13, lompat jauh L13), Tiara Natasha (3000m P15) dan Illyana bt Alias (pentathlon).Pingat gangsa dimenangi oleh Nurul Izzatie bt Hasyim (rejam lembing P15 dan lempar cakera P15) dan Rohana bt Ayob (lompat jauh P20).
Tahniah kepada semua pemenang dan para atlet serta guru-guru yang membantu kontijen sekolah dalam kejohanan tersebut seterusnya melepasi target sekolah dalam olahraga daerah. Terima kasih.




08 March, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-36

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-36 telah diadakan pada hari Khamis, 19 Februari 2009. Acara-acara awal (Sukan Kecil) dalam Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini telah pada 13-14 Februari 2009. Kejohanan ini dirasmikan oleh Datuk Hj Masri bin Sareani, YDP PIBG SMK Semerah.
Pada peringkat awal, rumah Aminuddin Baki mendahului pungutan mata setelah menjuarai Sukantara dan menguasai banyak acara pada Sukan Kecil. Namun rumah Hamdan Tahir sentiasa mengekori rapat pungutan mata KOT. Ungku Omar dan Zaaba juga bertungkus-lumus menyaingi Aminuddik Baki dan Hamdan Tahir.
Persiapan hebat dilakukan sehari sebelum KOT dengan upacara raptai yang diketuai oleh En Yusof bin Abu Bakar dan En Hasbi bin Mohd Nor. Semua kontijen rumah dan pakaian seragam termasuk Lembaga Pengawas telah menunjukkan kekreatifan dalam acara perbarisan. Akhirnya rumah Hamdan Tahir sekali lagi menjuarai Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36. Aminuddin Baki terpaksa menerima kedudukan tempat kedua (naib johan), Ungku Omar menduduki tempat ketiga dan Zaaba masih di kedudukan tempat keempat. Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh PBSM dan rumah Merah memenangi acara perbarisan rumah sukan.
Sementara itu, Olahragawan LC dimenangi oleh Ibrahim bin Hamid (3 emas dengan 1 rekod baru 100 meter), Olahragawan LB dimenangi oleh Ahmad Shafiq bin Sapari (2 emas dengan 1 rekod baru lempar cakera), Olahragawan LA diperolehi olah Mohd Nastaain bin Samadi (2 emas dan 1 gangsa) dan Olahragawan LK diungguli oleh Mohd Saifullah bin Mohd Don (1 emas dan 1 perak).
Olahragawati PC dimenangi oleh Siti Kamisah bt Muniran (2 emas), Nur Hidayah bt Abd Hamid memenangi Olahragawati PB (3 emas dengan 2 rekod baru 100 meter dan 200 meter), Nur Suria bt Rahim pula memenangi Olahragawati PA (1 emas dengan rekod baru acara 200 meter dan 1 gangsa) dan Siti Rohana Ayob mengungguli Olahragawati PK (1 emas dan 1 perak).
Oleh itu, Olahragawan Lelaki Terbaik dimenangi oleh Ibrahim bin Abd Hamid dan Olahragawati Perempuan Terbaik dimenangi oleh Nur Hidayah bt Abd Hamid. Juara mengikut kategori pula
LK (Aminuddin Baki), LA (Hamdan Tahir), LB (Aminuddin Baki) dan LC (Hamdan Tahir) ; PK (Hamdan Tahir), PA (Ungku Omar), PB (Hamdan Tahir) dan PC (Hamdan Tahir).
Acara tarik tali dimenangi oleh Zaaba dan acara guru-guru dimenangi oleh rumah Hamdan Tahir. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan KOT pada tahun ini. Jumpa lagi pada tahun depan.

AMINUDDIN BAKI MENGUNGGULI SUKANTARA


Aminuddin Baki : Johan Kategori Lelaki A Zaaba : Johan Kategori Perempuan A


Ungku Omar : Johan Kategori Perempuan C Hamdan Tahir : Naib Johan Keseluruhan

Sukantara SMK Semerah telah diadakan pada 4-5 Februari 2009. Tahun lepas kejuaraan Sukantara adalah milik rumah Aminuddin Baki (Merah). Aminuddin Baki cuba untuk bersaing hebat dengan rumah Hamdan Tahir yang telah mengungguli Merentas Desa 2009 di samping menyekat rumah Ungku Omar dan Zaaba agar tidak membuat kejutan dalam Sukantara 2009.
Pertandingan ini melibatkan acara 100 meter, 400 meter, lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori L/P 13, L/P 15, dan L/P 18 tahun. L/P 20 tahun hanya menyertai acara 100 meter dan lontar peluru sahaja. Upacara penyampaian hadiah dilakukan oleh ketua-ketua rumah sukan setelah tamat acara pada hari kedua. Akhirnya Aminuddin Baki berjaya mengekalkan kejuaraan Sukantara pada tahun 2009. Tahniah kepada rumah Aminuddin Baki.