02 September, 2010

KEBENARAN KHAS GURU-GURU & MURID-MURID KETIKA PJK

Unit Sukan mengucapkan terima kasih atas kepada YAB Tan Sri Mukhyiddin Yassin atas keprihatinan beliau dalam usaha memperkemas pengurusan dan pembangunan sukan tanahair. Kini guru-guru boleh dan dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang hari yang ada pengajaran PJK. Guru-guru PJK boleh memakain pakaian T-Shirt berkolar, seluar sukan (track-bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih. Kebenaran kelonggaran ini diberikan melalui Surat Siaran KP/KPPM/5/(49) bertarikh 26 Julai 2010 yang diminitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010.
Sehubungan itu, kita sebagai guru-guru PJK mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran yang antara lain bertujuan memperkasa sukan di negara kita. Kami menyokong usaha negara untuk mengembalikan kegemilangan sukan di persada tempatan dan antarabangsa. Semoga sukan negara akan kembali cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment