30 December, 2010

Harimau Malaya Kembali Mengaum

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah menjuarai Piala Suzuki, piala keunggulan seni bola sepak di rantau Asia Tenggara. Inilah pencapain terbaik sejak menjadi naib johan pada 1996. Dengan aggregat 4-2, Malaysia cemerlang menyerang balas walaupun diasak bertubi-tubi dari segenap sudur padang. Serangan balas berhasil apabila gol oleh Safee Ali menenggelamkan amukan gelora diStadium Bung Karno untuk mendahului 1-0 dalam perlawanan final kedua.
Indonesia yang terdesak terus mengganas dengan permainan keras sehingga 2 kad kuning dilayangkan selepas gol oleh Safee Ali. Pasukan tuan rumah menyerang dan berhasil menjaringkan 2 gol untuk mengikat aggregat 4-2. Keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat.
Tahniah kepada jurulatih K.Rajagopal dan para pemain yang kembali menyinari sinar bola sepak tanahair setelah suram untuk sekian lama. Inilah kejayaan kedua skuad ini setelah menjuarai bola sepak dalam Sukan SEA tahun lepas. Semenangnya rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini. Teruskan wahai para pemain Malaysia. Kita BOLEH rupanya !

No comments:

Post a Comment