07 June, 2011

JOHOR MERANGKUL NAIB JUARA LELAKI BAWAH 18 TAHUN



Team Bola Baling Johor
 Arena bola baling tahun 2011 berakhir semalam selepas diadakan dari 1 – 6 Jun 2011 di Perlis. Kejohanan Bola Baling MSSM yang pertama kali dijalankan di dalam dewan iaitu di Arena Futsal dan Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri Perlis, telah diwakili oleh seorang pelajar SMK Semerah iaitu  Ahmad Syafik bin Sapary.
Selepas menjalani latihan intensif selama seminggu di UTM, Johor Bahru, pasukan lelaki bawah 18 tahun memulakan hari pertama dan hari kedua dengan kemenangan bergaya setelah menewaskan lawan masing-masing. Kejayaan diteruskan sehingga berjaya mara ke final namun disekat oleh team Perak yang berkesudahan 18-5.  Nasib tidak menyebelahi pasukan Johor pada perlawanan akhir. Kemenangan bergaya Johor yang membenam Perak pada peringkat kumpulan belum mampu menumpaskan lawannya sekali lagi pada perlawanan akhir. 
Pada tahun ini, Kedah dan Perak bersaing hebat untuk merebut juara keseluruhan dengan kedua-dua negeri tersebut memenangi dua kategori. Kedah menjadi johan dua kategori bawah 12 tahun manakala Perak juga mengungguli dua kategori bawah 18 tahun. Namun  akhirnya Perak   dinobatkan sebagai johan keseluruhan bola baling MSSM kali ini.
Tahniah kepada para pemenang. Kepada team Johor cuba lagi pada tahun depan dengan strategi dan iltizam yang baru. Kepada Ahmad Syafik, tahniah kerana anda berjaya menjadi ikon kepada rakan-rakan pelajar di Semerah.

No comments:

Post a Comment