30 June, 2011

HARI TERBUKA & HARI KEUSAHAWANAN


Meriah. Dua dalam satu. Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan SMK Semerah. Berduyun-duyun ibu bapa datang bersama anak-anak mereka. Harapan menggunung mengharapkan anaknya mencapai keputusan cemerlang. Inilah hari untuk ibu bapa berbincang dengan guru mengenai prestasi “anak mereka bersama”.
Di perkarangan perhimpunan, khemah-khemah tersergam indah. Kelihatan kelibat para pelajar bersiap untuk berniaga. Ada yang menyusun barang jualan, ada yang menghidupkan api untuk memanggang dan ada yang menggoreng.

27 June, 2011

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN PERLU SUNTIKAN BARU


Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu diperkukuhkan untuk membantu pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Kejayaan pelaksanaan dasar akan mengembangkan sektor sukan di peringkat glokal dan antarabangsa khususnya meningkatkan pencapaian sukan negara. Menurut Dr Mohar Kasim, inilah masanya meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan seterusnya menyokong perlaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.

16 June, 2011

ANALISA PENCAPAIAN SUKAN PERMAINAN TAHUN 2011


Tabir persekolahan untuk sesi penggal kedua tahun 2011 telah bermula.  Selamat kembali ke sekolah. Begitu juga halnya dengan pesta permainan telah melabuhkan tirai pertandingan untuk peringkat negeri dan kebangsaan dengan berakhirnya peringkat MSSM dan SUKMA pada cuti penggal pertengahan yang lepas. Untuk itu, marilah kita membuat analisa mengenai pencapaian sukan permainan SMK Semerah sehingga setakat ini.

PENCAPAIAN SUKAN PERMAINAN TAHUN 2011

14 June, 2011

LATIHAN SUKANTARA

Kalau tahun-tahun lepas, latihan sukantara diadakan pada awal tahun. Tahun ini 2011, selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan ; sukan sepanjang tahun, jadi minggu ini diadakan latihan sukantara. Latihan akan dijalankan dalam dua sesi iaitu minggu ini dan mingggu depan seperti dalam jadual di bawah :

HARI
RUMAH SUKAN
Rabu (15 Jun 2011)
Kuning, Oren, Biru
Khamis (16 Jun 2011)
Merah, Ungu, Hijau
Isnin (20 Jun 2011)
Merah, Ungu, Hijau
Selasa (21 Jun 2011)
Kuning, Oren, Biru

Acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 400 meter, lompat jauh dan lontar peluru. Moga para pelajar akan berlatih bersungguh-sungguh.

07 June, 2011

KEPUTUSAN PESTA MSSM 2011

Kejohanan Memanah MSSM
Tirai pesta permainan MSSM telah berakhir. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang tewas. Ada yang nak balik awal. Ada yang melepaskan tekanan perasaan dengan membeli belah. Ada yang tidak cukup tidur. Apa taknya waktu malam pun masih bertarung. Itulah rintihan biasa dalam mengharungi pertandingan. Jumpa lagi pada tahun depan. Anda boleh layari blog ini untuk keputusan rasmi pesta permainan pada cuti penggal ini.

JOHOR MERANGKUL NAIB JUARA LELAKI BAWAH 18 TAHUN



Team Bola Baling Johor
 Arena bola baling tahun 2011 berakhir semalam selepas diadakan dari 1 – 6 Jun 2011 di Perlis. Kejohanan Bola Baling MSSM yang pertama kali dijalankan di dalam dewan iaitu di Arena Futsal dan Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri Perlis, telah diwakili oleh seorang pelajar SMK Semerah iaitu  Ahmad Syafik bin Sapary.
Selepas menjalani latihan intensif selama seminggu di UTM, Johor Bahru, pasukan lelaki bawah 18 tahun memulakan hari pertama dan hari kedua dengan kemenangan bergaya setelah menewaskan lawan masing-masing.