4 pemain SMK Semerah telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Hoki MSS Johor yang diadakan pada 24-26 Februari 2012. Para pemain tersebut ialah Mohd Faris Firdaus, Mohd Lokman Norhan, Umu Norhaziqah Abu Bakar dan Nabilah Nooh. Mereka diiringi oleh En Hashim Ghani dan Cik Norul Rafedah Redzuan.
Kejohanan yang dijalankan di Stadium Hoki Bandaraya dan Stadium Hoki Larkin ini telah menunjukkan kualiti permainan yang amat memberangsangkan. Ini kerana ramai pemain yang bermain di liga hoki tempatan dan ada pemain yang berasal dari sekolah sukan telah kembali mewakili daerah masing-masing. Namun demikian, keunggulan daerah Johor Baharu amat terserlah dalam permainan hoki dalam kejohanan pada kali ini dengan membolot kejuaraan untuk semua kategori.
Team hoki lelaki 18 bermula hambar apabila tewas dengan Johor Baharu 1-4. Inilah jaringan paling sedikit Johor Baharu dalam aksi perlawanan mereka kerana daerah Johor Baharu membelasah daerah lain dengan jumlah jaringan yang besar sehinggakan semasa final, mereka meratah Pontian 9-0. Seterusnya team L18 menewaskan Kota Tinggi 5-0. Pada pusingan berikutnya, Batu Pahat tewas kepada Muar 1-4, walaupun mendahului permainan dan kekalahan ini telah menyingkirkan Batu Pahat untuk ke separuh akhir. Manakala itu, team perempuan 18 bermula garang dengan menewaskan Mersing 3-0, menumbangkan Pasir Gudang 2-0 untuk menjuarai kumpulan. Namun kemaraan telah disekat oleh Pontian apabila tewas 0-3.
Kegagalan team bawah 18 tahun telah merangsang team bawah 12 tahun untuk bermain bermati-matian. Kehampaan team bawah 18 tahun terbalas apabila team bawah 12 tahun, masing-masing telah menduduki tempat ke-4. Perlawanan untuk tempat ke-3/4 ditentukan melalui pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan yang bertanding buntu untuk menjaringkan gol dan akhirnya Batu Pahat tewas dalam dua perlawanan tersebut.
Inilah adat permainan, ada yang menang ; ada yang kalah. Kekalahan bukan bererti gagal untuk selamanya. Jadikan kekalahan sebagai pengajaran untuk bangkit meneruskan misi yang belum dicapai. Perjuangan mesti diteruskan !
No comments:
Post a Comment