12 February, 2012

PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD BATU PAHAT 2012


Mohd Sobri dan Mohd Lokman semasa Merentas Desa MSS Johor
              Aktiviti olahraga pada peringkat daerah telah bermula dengan aktiviti Pertandingan Merentas Desa MSSD Batu Pahat. Pertandingan dijalankan di trek sekitar Seri Medan pada 31 Januari 2012SMK Semerah menghantar 24 orang atlet dengan misi menduduki 2 tempat terbaik dalam setiap kategori. Dengan diketuai oleh En Hashim Ghani dan En Hafiz Mohd Zaid sebagai pengurus pasukan dan dilatih oleh En Azhar Ghafar dan En Azrizal Aizat serta dibantu oleh Cik Nornida Sapun dan Tn Hj Yusof Sarmaet, skuad tahun ini berkeyakinan untuk merangkul satu johan kategori berpasukan.
            Trek berbukit dengan laluan merentasi kebun-kebun serta jalan bertar memudahkan para peserta menjarakkan sesama sendiri. Trek lelaki sejauh 8 km manakala trek perempuan pula ialah 6 km. Peserta Semerah, Mohd Sobri dan Mohd Lokman Sakip menduduki tempat ke-3 dan ke-6 kategori Lelaki 15 Tahun manakala Nur Hafizah Zakaria dan Norfadila Saadon pula masing-masing menduduki tempat ke-3 dan ke-6. Mereka terpilih mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Merentas Desa MSS Johor di Pasir Gudang pada 11 Februari  ini.
            Namun misi Semerah untuk merangkul satu johan kategori tidak berjaya dicapai pada tahun ini.  Mungkin tahun depan Semerah akan Berjaya. InsyaAllah. Johan keseluruhan lelaki dimenangi oleh SMK Tinggi Batu Pahat dan MRSM Batu Pahat pula mengungguli johan keseluruhan perempuan. Tahniah kepada semua yang terlibat membantu team sekolah. Teruskan usaha untuk memertabatkan mutu dan pencapaian sukan Semerah.
            Sementara itu, 4 orang pelajar Semerah yang telah mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Merentas Desa MSS Johor tidak mendapat 10 kedudukan terbaik. Namun mereka telah mengharumkan nama sekolah dalam arena merentas desa negeri. Tahniah. Bukan semua pelajar boleh sampai ke peringkat negeri. Teruskan berlatih.

No comments:

Post a Comment