29 March, 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG DAERAH BATU PAHAT : SEMERAH MELAKAR SEJARAH GEMILANG


           SMK Semerah melakar sejarah pencapaian terbaik sejak 2005 dalam arena olahraga dengan memperoleh 3 emas dan 4 perak dalam Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat.  Dalam kejohanan yang berlangsung dari 20 – 23 Mac 2012 ini, SMK Semerah mempertaruhkan seramai 34 orang peserta dan 11 orang pegawai yang diketuai oleh En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan En Mohd Saharif Said sebagai pengurus kontijen. Manakala En Azhar Ghafar, En Hashim A. Ghani dan En Azrizal Aizat sebagai jurulatih dan dibantu oleh En Hasbi Mohd Nor, En Mohd Hafiz Zaid, Abdul Halim Samad, Tn Hj Yusof Sarmaet, Pn Waheedah Wahab, Cik Norul Rafidah Redzuan dan CIk Nornida Sapuan. Inilah atlet teramai yang pernah dibawa ke kejohanan yang berprestij di Batu Pahat.
            Sasaran pada tahun ini ialah memperbaiki kedudukan pada tahun lepas iaitu 2 emas,  3 perak dan 3 gangsa serta meduduki tempat ke-14. Dengan latihan intensif selama 2 minggu, skuad olahraga membawa harapan tinggi warga sekolah untuk mengungguli carta 10 terbaik. Walaupun pelbagai kekangan dialami oleh skuad olahraga, namun latihan tetap diteruskan hatta pada musim cuti persekolahan tetap juga diadakan latihan dari hari Isnin hingga Jumaat dan diteruskan juga pada hari Isnin 19 Mac, iaitu sehari sebelum kejohanan. Ketiadaan beberapa jurulatih seperti En Azhar, En Azrizal Aizat, En Mohd Hafiz dan En Roslan kerana terlibat dalam arena sukan permainan lain dan kemerosotan kehadiran para atlet kerana pertembungan antara kelas tambahan dan aktiviti kawat, tidak merencatkan momentum latihan olahraga. Latihan tetap diteruskan dan diterajui oleh En Hashim dan rakan jurulatih lain.
            Alhamdulilah, berkat kesabaran dan keikhlasan jurulatih,  kesungguhan para atlet serta perancangan barisan kejurulatihan, nampaknya tahun 2012 telah membuahkan hasil apabila SMK Semerah memperoleh 3 perak dan 4 perak, iaitu pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun. Berikut adalah keputusan setiap atlet :
NAMA  ATLET
ACARA  
PENCAPAIAN
PINGAT / KEDUDUKAN
MOHD EMIR AMIRUDIN
REJAM LEMBING
29.68 m
EMAS

LOMPAT JAUH
4.9 m
PERAK
NURHAFIZAH ZAKARIA
3000 METER

EMAS
MOHD SOBRI AZIZ
3000 METER

PERAK

1500 METER

PERAK
MOHD AZWAN MESNI
1500 METER

PERAK
MD ZULHAIRI ANUAR
HEPTATLON

EMAS


BELUM SIAP LAGI LAA….BUKU KEPUTUSAN RASMI KESELURUHAN  BELUM  DIPEROLEHI

No comments:

Post a Comment